Adi Putra Bangkit Tinggalkan Peristiwa Hitam 2013

Adi Putra Bangkit Tinggalkan Peristiwa Hitam 2013

Adi Putra Bangkit Tinggalkan Peristiwa Hitam 2013

Setelah tahun 2013 meninggalkan pelbagai perkara dan rentetan kisah yang mencalarkan imej pelakon Adi Putra, tahun ini dia bangkit dengan lebih kuat untuk mengharungi kehidupan sebagai seorang anak seni dan insan yang lebih berjaya.

Dengan berbekalkan kekuatan dan rezeki yang dikurniakan Allah SWT, dia kini boleh bernafas lega dengan penubuhan beberapa syarikat yang menjadi tunjang kepada permulaan baru dalam diri Adi Putra.

“Saya kini sedang sibuk menguruskan Hadid Travel & Tours yang merupakan syarikat yang menjadi agensi membawa orang yang ingin mengerjakan umrah ke Tanah Suci bermula Mac ini. Ia akan memulakan penerbangan pertamanya pada Mac ini dengan diiringi seorang ustaz.

“InsyaAllah saya juga akan turut bersama kesana sebagai bertemu serta menguruskan hal-hal seperti logistik kerana ini merupakan penerbangan pertama dan ia masih dalam peringkat percubaan buat syarikat baru saya ini.

“Selain itu saya juga turut sibuk dengan syarikat Malaysia2u.biz yang merupakan syarikat yang menguruskan perkhidmatan penghantaran cepat seperti FedEx yang akan menjalankan operasi untuk Kuala Lumpur dan United Kingdom serta China dan ke seluruh dunia.

“Walaupun sibuk, saya tetap tidak akan mengabaikan dunia sseni lakonan yang merupakan minat utama saya.

Saya tetap akan menerima tawaran lakonan dan sebagainya asalkan ia mengikuti jadual dan sesuai dengan jadual waktu kerja saya,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar teater Di bawah Lindungan Kaabah semalam di Istana Budaya.

Mengenai kes yang melibatkannya dan seorang isteri kepada ahli perniagaan itu, Adi menjawab bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan hal tersebut lagi dan tidak mahu memberi apa-apa komen terhadap perkara tersebut.

“Dipihak saya, kami tidak mempunyai apa-apa perkaitan mengenai perkara tersebut dan ia telah pun diputuskan oleh polis bahawa kes itu ditutup. Diharapkan tiada lagi spekulasi atau perkara yang mengaitkan saya dengannya,” ucapnya ringkas mengenai hal tesebut.

Adi Putra kini sibuk dengan komitmennya berlakon untuk filem Kanang dan bakal menemui peminat untuk teater Di Bawah Lindungan Kaabah pada 8 hingga 19 Mei ini di Istana Budaya disamping Nasha Aziz, Liza Abdullah, Elfira Loya, Dafi dan ramai lagi pelakon yang terlibat untuk pementasan ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers