Aku Cinta Padamu Berjaya Popularkan Nama Lokman Aslam

Aku Cinta Padamu Berjaya Popularkan Nama Lokman Aslam

Aku Cinta Padamu Berjaya Popularkan Nama Lokman Aslam

Lokman Aslam ,27 sebagai penyanyi muda yang kerap memperjuangkan muzik genre berkenaan.

Bagaimanapun, pengalaman lebih 7 tahun dalam dunia muzik masih belum utuh untuk memperkenalkan namanya sebagai penyanyi komersial lagi dikenali ramai sebagaimana kebanyakan penyanyi lelaki sedia ada di negara ini.

Namun, itu sedikitpun tidak mematahkan semangat anak muda kelahiran Pulau Pinang itu, apabila lagu nyanyian serta ciptaannya berjudul Aku Cinta Padamu telah berjaya menambat hati ramai peminat dunia hiburan tanah air.

Resipinya mudah saja. Lagunya itu telah dipilih untuk menyerikan kempen iklan produk kecantikan Fair & Lovely yang telah menjadi siulan ramai terutama apabila ianya ditayangkan di kaca TV mahupun di laman YouTube sejak penghujung tahun lalu.

Ditemui portal murai.com.my ketika majlis Fair & Lovely baru-baru ini, bekas peserta One In A Million itu berkata, dia amat bersyukur dengan populariti lagu berkenaan yang sedikit-sebanyak telah menjadi platform untuk memperkembangkan bakat nyanyiannya.

“Saya menyifatkan pembabitan saya dalam menjayakan iklan Fair & Lovely ini merupakan platform terbaik buat saya.

“Semuanya berlaku tahun lalu apabila saya diminta untuk datang membuat demo lagu ini di dalam sebuah bilik khas.

“Tak sangka pula sebaik sahaja selepas selesai, ada sekumpulan individu dari bilik sebelah yang suka dengan lagu saya itu dan bersetuju untuk menjadikan lagu saya itu sebagai lagu kempen iklan berkenaan,” katanya.

Akui dia sering terbabit dengan pementasan muzik Jazz dikelab hiburan terkemuka, Lokman berkata dia bagaimanapun menyimpan azam yang tinggi untuk dikenali sebagai penyanyi berkebolehan walau dalam apa juga genre muzik.

Katanya, pengalaman membuat persembahan bersama-sama penyanyi hebat tanah air mahupun dari seberang, banyak memberi pengalaman tidak ternilai untuk dia terus bertahan sebagai penyanyi profesional sehingga hari ini.

“Saya tak sangka lagu Aku Cinta Padamu telah mendapat maklumbalas yang sangat baik. Di YouTube sendiri bilangan yang menonton sangat ramai dan sekarang beberapa radio tempatan telah memainkan lagu saya itu.

“Memang saya sering membuat persembahan lagu-lagu Jazz tapi terus terang minat saya lebih kepada muzik, tak kira apa juga jenis muzik seperti pop, R&B dan kalau perlu menyanyi rock, saya juga boleh menyanyikannya.

“Kerana muzik adalah jiwa saya,” katanya yang kini telah menyertai Alibi Music dan kerap melahirkan lagu ciptaan sendiri.

Loqman Aslam bakal terbabit dengan persembahan jelajah bersama-sama Fair & Lovely pada 8 dan 15 Mac depan di pusat beli-belah Giant.

Bercakap tentang minatnya menulis dan mencipta lagu, kata Lokman Aslam kedua-dua perkara itu merupakan minatnya sejak sekian lama yang tidak akan pernah pudar, malah tidak pernah terfikir untuk berhenti daripada melakukannya.

“Lagu Aku Cinta Padamu merupakan sebuah lagu yang romantis dan liriknya sangat ringkas. Saya ilhamkannya dengan keikhlasan hati saya dengan membayangkan bagaimana perasaan saya apabila mencitai seseorang.

“Mungkin kerana liriknya yang ringkas, maka menjadikan lagu ini cepat menangkap di telinga ramai pendengar dan disukai ramai,” katanya yangbakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya Fazlin pada Jun depan.



Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers