Fauzi Nawawi Enggan Mohon Maaf, Rela Sharnaaz Ahmad Teruskan Saman

Fauzi Nawawi Enggan Mohon Maaf, Rela Sharnaaz Ahmad Teruskan Saman

Fauzi Nawawi Enggan Mohon Maaf, Rela Sharnaaz Ahmad Teruskan Saman

Fauzi Nawawi,35,  bertegas tidak akan memenuhi permintaan aktor Sharnaaz Ahmad, 29,  yang mahukan dia membuat permohonan  maaf kepada ibu bapanya kerana didakwa telah menghina keluarganya.

Malah, Fauzi Nawawi berkata dia tidak bimbang jika hero drama bersiri,  Bukan Kerana Aku Tak Cinta berkenaan mahu menyamannya seandainya dia  tidak menurut permintaannya itu dalam tempoh seminggu yang diberikan.

"Saya tidak akan meminta maaf kepada ibunya kerana saya tidak bermaksudkan apa-apa pun.Saya hanya kata jika saya menghina ibunya, macam mana? Sebab dia lebih dulu telah menghina Lisdawati.

"Jika dia mahu menyaman saya, teruskanlah kerana saya tidak pernah takut pun. Cuma saya minta dia fikirlah habis-habis kerana saya yakin saya berada di landasan yang benar," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Fauzi diminta memgulas selepas Sharnaaz mendakwa telah menerima SMS yang menghina dia dan keluarganya dengan panggilan Anjing Kurap.

Menerusi sebuah laporan akhbar terdahulu, Lisdawati mendakwa telah diserang oleh Sharnaaz di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut di Kuang pada jam 11 malam, 19 Februari lalu.

Selain diserang, suaminya, Fauzi Nawawi turut mendakwa menerima SMS ugutan daripada aktor itu.

Berikutan insiden berkenaan, Lisdawati dan suaminya, telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Sementara itu, Fauzi memberitahu dia akan menarik balik laporan polis yang dibuat jika Sharnaaz akui kesalahannya dan meminta maaf kepada isterinya.

"Sejak kejadian, saya telah berikan masa 1 hari untuk dia meminta maaf kepada isteri saya tetapi dia sendiri tiada inisiatif untuk berbuat demikian. Malah, terus memberikan mesej-mesej berbaur ugutan.

"Sebenarnya, saya terlebih terdahulu sudah mememaafkannya tetapi dia yang menolak dan seolah-olah seperti mahu mengajak saya bergaduh.

"Saya membuat laporan polis hanya untuk menjaga keselamatan isteri saya, lebih-lebih lagi dia kini sedang hamil 5 bulan," jelasnya lagi.

Fauzi yang baru sahaja tamat penggambaran telemovie, Sandiwara kini sedang menjalani penggambaran Salah Langkah untuk siaran RTM.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers