Paparan Kisah Penghuni Kota Metropolitan Kolumpo

Paparan Kisah Penghuni Kota Metropolitan Kolumpo

Paparan Kisah Penghuni Kota Metropolitan Kolumpo
Paparan Kisah Penghuni Kota Metropolitan Kolumpo

Judul Filem: Kolumpo

Genre: Drama

Pelakon: Sharifah Amani, Amirul Arif, Mano Maniam, Azhar Rani, Azad Jazmin, Nell Ng, Ruminah Sidek

Pengarah: Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar

Terbitan: Otto Films Sdn Bhd

Tarikh Tayangan: 5 Disember



Imbasan Awal

Sebuah filem yang ringan dan santai daripada pengarah muda tempatan yang masing-masing cuba menonjolkan gaya pengarahan tersendiri dan di rangkumkan dalam Kolumpo dengan tiga set cerita berbeza. Berlatarbelakangkan kota Kuala Lumpur, Kolumpo cuba mencari nilai dan memperkasakan budaya yang menjadi rencah kota ini dengan paparan cereka tersendiri milik penghuni kota metropolitan ini.



Ulasan Penulis:

Tiga jenis cerita dalam Kolumpo dimulakan dengan cerita arahan Bront Palarae yang cuba menyingkap serta membawa penonton mendekati kehidupan para immigran yang bersusah payah berkelana ke kota ini untuk mencari pengalaman hidup serta rezeki. Bront cuba mengenengahkan perkara yang mungkin ada diantara penonton tidak tahu bagaimana kehidupan bagi pendatang seperti Rahul bermula.

Lokasi juga jelas memaparkan kehidupan para pendatang yang terpaksa merempat disamping permulaan cerita bagaimana penipuan oleh teksi haram yang masih lagi menjadi realiti yang harus dilalui di Kuala Lumpur.

Penelitian dibuat daripada segi adegan serta realiti yang dilalui para pendatang di Kuala Lumpur di terjemahkan dengan penampilan Mano Maniam, Sopi Jikan yang membawakan watak penting dalam cerita pertama Kolumpo ini.

Ditutup dengan Rahul yang cuba ditangkap pegawai imigresen, kisah kedua arahan Rozi Izma ini tersirat pelbagai mesej serta diselangselikan mainan emosi. Apatah lagi ia mengisahkan perempuan tua yang nyanyuk dengan anak dara tua yang masing-masing bingung dengan kemahuan diri.

Cuba melarikan daripada leteran ibu yang mahukan dia berkahwin, Gienna terus mengelak daripada ibunya. Dalam pada itu seorang perempuan tua yang pelupa telah meminta bantuan Gienna dan bantuan gadis berbangsa Tionghoa itu berakhir dengan mesej yang cliché tetapi itulah realiti yang berlaku di dalam komuniti kita.

Terselit kisah satu malam mengenai dua anak muda arahan Sheikh Munasar sedikit memberikan kelainan kerana karaktor yang dipaparkan jarang-jarang ditampilkan dalam mana-mana filem. Namun begitu seperti tidak cukup waktu bagi setiap kisah yang berdurasi 30 minit tersebut.

Jika dilebihkan masa ia dapat mengupas lebih lagi sifat dan nilai setiap karektor yang habis pada penghujung kisah masing-masing. Penampilan cameo oleh nama-nama besar turut mewarnai sedikit sebanyak paparan 3 kisah yang berpayung dibawah Kolumpo.

Percubaan pertama daripada 3 pengarah muda ini harus dibanggakan kerana Kolumpo dihasilkan kerana minat dan kemahuan yang kuat oleh pendatang baru industri perfileman tempatan ini. Selain sebagai hidangan baru buat penonton tempatan, ia turut memberitahu dan mengajar penonton untuk lebih menghargai setiap genre baru filem yang cuba ditonjolkan.



SINOPSIS

Dari Pasar Seni ke KLCC ke Setapak, filem ini mengaitkan cerita – cerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur.

Seorang imigran India yang baru sahaja tiba di KL untuk berkerja mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh benkrap. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke bos mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di KL.

Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyok mencari rumah yang dia tidak ingat untuk sepanjang hari.

Di Ampang, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri yang turut ketinggalan tren yang terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal memberikan mengubah hidup si jejaka muda ini.

Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kolaidaskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal menyayat dan mencuit hati para penonton.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers