Hayati Perjuangan Nelson Mandela Di Saluran Discovery

Hayati Perjuangan Nelson Mandela Di Saluran Discovery

Hayati Perjuangan Nelson Mandela Di Saluran Discovery
Hayati Perjuangan Nelson Mandela Di Saluran Discovery

Dunia dikejutkan dengan berita pemergian bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang meninggal dunia pada hari Khamis 5 Disember di rumahnya, Johannesburg selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan jangkitan paru-paru.

Beliau yang memperjuangkan penghapusan Apartheid di Afrika Selatan pernah meraih Nobel Perdamaian pada tahun 1993 dan dilantik sebagai presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan pada tahun sebelum mengambil keputusan mengundurkan diri setelah lima tahun memikul jawatan tersebut.

Oleh itu, satu dokumentari khas yang berjudul The Making of Mandela akan disiarkan yang menceritakan tentang perjalanan kehidupan sebagai seorang pejuang mengikut pengalaman dan pemerhatian yang pernah dilakukan oleh rakan seperjuangan, rakan sekerja dan bekas presiden Afrika Selatan sendiri iaitu Frederik Willem.

Dilakonkan semula oleh pelakon dari British, David Harewood, temubual eksklusif ini turut menggunakan suara asal mendiang Nelson Mandela yang pernah direkodkan untuk buku tulisannya iaitu ‘A Long Walk To Freedom’ sebelum ini.

Menerusi The Making of Mandela, para penonton dapat menghayati sendiri kisah tragedi perjuangan mendiang Nelson Mandela yang pernah dipenjara selama 27 tahun akibat di bawah rejim yang menjalankan sistem dasar Apartheid si Afrika Selatan.

Jadi jangan lupa untuk menyaksikan dokumentari ‘The Making of Mandela’ yang akan disiarkan pada 8 Disember 2013 bermula jam 10 malam di saluran Discovery Channel dan siaran ulangan pada 10 Disember bermula jam 9 malam dan 15 Disember pada jam 10 malam.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers