Mamat Sepah & Jimmy Shenley Terajui Stesen Radio Ultra

Mamat Sepah & Jimmy Shenley Terajui Stesen Radio Ultra

Mamat Sepah & Jimmy Shenley Terajui Stesen Radio Ultra
Mamat Sepah & Jimmy Shenley Terajui Stesen Radio Ultra

Dalam pada senyap dari sebarang kontroversi yang pernah dilalui dua selebriti ini, Jimmy Shenley dan Mamat Sepah kini bergandingan tenaga bergelar deejay radio untuk stesen radio terbaru, Ultra.

Sudah mula menghangatkan pagi hari seluruh pendengar di Lembah Klang menerusi frekunsi 101.3FM sejak Mac lalu, gandingan berkenaan riuh menyeleraskan program Ultra 6-10 iaitu program yang bermula dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Paling menarik, mereka berdua ditugaskan untuk meminta pendapat serta keluhan pemandu teksi sekitar ibu kota menerusi segmen AbangTeksi yang berkeudara setiap pagi dari Isnin hingga Jumaat.

Bukan lagi asing dalam dunia penyiaran radio, kerana kedua-dua mereka pernah terbabit sebagai penyampai radio untuk stesen radio popular, Era FM tidak lama dulu.

Jadi gandingan mereka berdua ini ternyata bertepatan sekali,apatah lagi kedua-duanya memiliki kekuatan dalam memberi pendapat serta berlawak jenaka dalam menghiburkan pagi hari setiap pendengar stesen radio berkenaan.

Selain itu juga, seorang lagi personaliti terkenal, Sharifah Shahirah turut dipilih bagi menyemarakan stesen radio berkenaan untuk segmen dari jam 3 petang hingga 8 malam.

Apa yang menarik, selain berceloteh dengan gelagatnya yang bersahaja, Sharifah Shahirah turut berkongsi informasi trafik, gosip dan berita hangat yang berlaku setiap hari di Lembah Klang mahupun seluruh negara.

Ultra yang telah dilancarkan secara rasmi pada penghujung November lalu turut menampilkan dua wajah baru berbakat besar, Mon Ryanti dan Fizi Ali yang telah diberikan peranan menyelenggara segmen masing-masing.

Mon Ryanti mengendalikan program dari jam 10 pagi hingga 3 petang yang menyentuh berkenaan gosip hiburan, berita, tips kesihatan dan seharian, sesuai untuk halwa pendengar nagi generasi muda masa kini.

Manakala Fizi Ali berkeudara setiap Isnin hingga Jumaat darijam 8 malam hingga 1 pagi bagi melayani permintaan pendengar dengan lagu-lagu kegemaran mereka selain memutarkan lagu terkini yang sedang hangat diperkatakan.

Stesen radio Ultra menampilkan kepelbagaian dari segi muzik khusus buat pendengar sekitar Lembah Klang dan juga Selangor, tanpa mengira usia dan genre.

Ultra turut memfokuskan informasi serta berita terkini berkenaan kes jenayah, kesesakan jalan raya,kemalangan, acara dan perayaan,

Kemunculannya diharap dapat menaik taraf kehidupan masyarakat setempat supaya lebih peka dengan keadaan persekitaran selain berhibur dengan seleksi muzik terbaik lagi pelbagai yang dimainkan oleh stesen radio berkenaan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers