Malam Gemilang Hafiz Suip Di AFM 20

Malam Gemilang Hafiz Suip Di AFM 20

Malam Gemilang Hafiz Suip Di AFM 20
Malam Gemilang Hafiz Suip Di AFM 20

Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) menjadi sebuah lagi malam bertuah buat bekas juara AF7 iaitu Hafiz Suip apabila dia menggondol tiga anugerah utama pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Menerusi album Luahan Hati Anak Seni, penyanyi berusia 23 itu telah menerima anugerah Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku dan Rakaman Album Terbaik.

Anak gadis ND Lala, iaitu Shila Amzah pula dipilih sebagai penerima Anugerah Kembara AIM 2013 atas kejayaannya mengharumkan nama Malaysia di luar negara, terutamanya di Shanghai, China.

Shila turut menyampaikan dua buah lagu iaitu Zheng Fu dan Masih Aku Cinta pada malam itu

Dalam pada itu, lagu ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna berjudul Lelaki menggondol dua anugerah iaitu Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik.

Manakala penyanyi Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah memenangi kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu hasil kolaborasi menerusi lagu Sedetik Lebih.

Dayang turut diumumkan sebagai penerima trofi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta.

Lagu Bila Resah yang dipersembahkan kedua-dua penyanyi itu turut dipilih sebagai pemenang dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.

Anugerah Sri Wirama AIM 2013 diberikan kepada Pengasas syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, Tan Sri Dr Tony Fernandez atas jasa beliau dalam membangunkan industri muzik tempatan selama 20 tahun.

Artis Baru Terbaik pada tahun ini diterima oleh penyanyi indie, Alex Subryn.

Sementara itu, Amy Search masih membuktikan keunggulannya apabila menerima anugerah Lagu Rock Terbaik menerusi Di Bawah Gerbang Skaea.

Pemenang album terbaik pada AIM 19, Salam Musik pada tahun ini membawa pulang trofi Lagu Hip Hop Terbaik manakala kolaborasi di antara Goldfish dan Blink telah melayakkan mereka untuk menerima anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.

AIM 20 dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi dan Nabil Ahmad.

Acara pada malam itu turut diserikan oleh persembahan mantap daripada Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Rossa, Ning Baizura, Afgan, Najwa Latif, Aizat Amdan, Hafi, Zainal Abidin, Mas Idayu, Jay Jay, Datuk Khadijah Ibrahim dan Dayangku Intan.

Berikut ialah senarai penuh pemenang AIM20:

Album Terbaik – Luahan Hati Anak Seni (Hafiz)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) – Dayang Nurfaizah

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) – Hafiz

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Bila Resah (Anuar Zain & Dayang Nurfaizah)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Di Persembahkan Oleh Artis Luar Negara – Once (Hilang Naluri)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – In The House (nyanyian Goldfish&Blink feat. Altimet & ZE) komposer /penulis lirik Altimet/ZE

Lagu Pop Terbaik – Lelaki (Yuna) Komposer/penulis lirik Yuna

Lagu Rock Terbaik – Di Bawah Gerbang Skaea (Amy Search), Komposer/ penulis lirik Edrie Hashim Buddhi Hikayat

Lagu Nasyid Terbaik – Mawar Berdarah (nyanyian Rabbani), komposer/penulis lirik – Binuri

Lagu Pop Etnik Terbaik – Pahlawan Zafana (nyanyian Ilham Ismail), komposer/penulis lirik Ilham Ismail, Ahmad Fedtri Yahya

Lagu Hip Hop Terbaik – Aku Pelat (nyanyian Salammusik ft. Zion) Dread komm DJ Fuzz Jay Tan, Ezya Bahra, Zion Dread&Salam

Video Muzik Terbaik – #1 (Pretty Ugly & Altimet) Pengarah : Perez Oldskool

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu – Anuar Zain & Dayang Nufaizah (Sedetik Lebih)

Rakaman Album Terbaik – Luahan Hati Anak Seni (Hafiz)

Kulit Album Terbaik – Penglipur Lara (Hazama)

Artis Baru Terbaik – Alex Subryn

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Saujana (Salam Atasmu)

Anugerah Seri Wirama – Tan Sri Dr. Tony Fernandez (Ketua Pengawai Eksekutif Air Asia)

Anugerah Kembara – Shila Amzah

Lagu Terbaik – Lelaki (Yuna) Komposer/penulis lirik Yuna

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers