Mosyi Tak Mahu Tumpang Glamor Nora-johan Nawawi

Mosyi Tak Mahu Tumpang Glamor Nora-johan Nawawi

Mosyi Tak Mahu Tumpang Glamor Nora-johan Nawawi
Mosyi Tak Mahu Tumpang Glamor Nora-johan Nawawi

Mungkin ada yang telah mengetahui, penyanyi baru, Mosyi atau nama sebenarnya Mohamad Syakir Iman Bin Johan yang tercalon sebagai Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 20) adalah anak kepada penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema, Nora.

Pun begitu, Mosyi yang dikenali menerusi lagu single pertama berjudul Bulan tidak mahu menumpang populariti yang dimiliki ibunya itu.

Malah, Mosyi sendiri lebih suka berdikari dan mencari imej tersendiri dalam mencipta lagu serta tidak mahu dibayangi ayahnya Johan Nawawi yang juga komposer terkenal tanah air.

“Saya tidak mahu tumpang populariti ibu atau ayah saya. Saya pun tidak merasakan saya tumpang populariti.

“Saya masih lagi baru dan tidaklah dikenali ramai pihak. Apa pun, saya bersyukur kerana bakat saya mula dipandang sekaligus tercalon di AIM 20.

“Saya memang rasa nervous namun saya tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam kategori ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mosyi tidak mengelak untuk berduet dengan ibu dan ayahnya itu.

“Single terbaru saya akan dikeluarkan tidak lama lagi. Insya-Allah, saya akan berduet dengan ibu dan ayah saya nanti.

“Namun, saya lebih mahu fokus untuk bergerak secara solo. Sebolehnya, saya mahu berdiri sendirinya.

“Apapun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudah ramai mula mengenali saya. Teruslah menyokong saya dalam industri muzik tempatan,”jelasnya.

Menerusi kategori Artis Baru Terbaik AIM20, Mosyi bersaing dengan empat artis baru yang lain iaitu Yubi, Jes Ibrahim, Kumpulan Orang Gila dan Alex.

Mungkinkah Mosyi berpeluang cerah untuk menang? Ketahui jawapannya denganmenonton siaran langsung AIM20 di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Maya HD (Saluran 135).

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers