Aktres Popular, Azean Irdawaty Meninggal Dunia

Aktres Popular, Azean Irdawaty Meninggal Dunia

Aktres Popular, Azean Irdawaty Meninggal Dunia
Aktres Popular, Azean Irdawaty Meninggal Dunia

Pelakon popular, Azean Irdawaty telah disahkan meninggal dunia malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarham, 63, yang menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan kanser payudara telah meninggal dunia sekitar jam 8.30 malam di hadapan suaminya, Khairil Anwar dan anak-anak.

Ini disahkan oleh Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah atau dikenali sebagai Kak Cham menerusi Twitternya sebentar tadi.

"Kita pasti merindui dia. Al-Fatihah seniwati Azean Irdawati yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Al-Fatihah," katanya.

Pemergian Azean turut mendapat reaksi daripada beberapa rakan artis yang mengucapkan takziah antaranya adalah Umie Aida.

Allahyarham merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70-an dan namanya meledak di layar perak akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Antara kejayaan Allahyarham ialah pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarham meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin atau pelakon Benjy, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Takziah dari kami warga murai.com.my dan Astro Gempak.

iskandarX: Takziah dan Al-Fatihah kepada Arwah si mati.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers