Tiz Zaqyah Gementar Jadi Heroin Jericho Rosales

Tiz Zaqyah Gementar Jadi Heroin Jericho Rosales

Tiz Zaqyah Gementar Jadi Heroin Jericho Rosales
Tiz Zaqyah Gementar Jadi Heroin Jericho Rosales

Meskipun teruja diberi peluang bergandingan dengan aktor kacak dari Filipina iaitu Jericho Rosales, namun pelakon Tiz Zaqyah akui gementar untuk berlakon bersama dengan pelakon siri popular Pangako Sa` Yo berkenaan.

Mereka bakal digandingkan di dalam drama bersiri terbaru berjudul Chef yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Tiz Zaqyah berkata sesiapa sahaja pelakon lelaki yang pertama kali digandingkan dengannya, dia pasti akan berasa kekok dan akan mengambil masa yang lama untuk membina keserasian.

“Sudah tentu teruja kerana diberi peluang bekerja dengan pelakon terkenal daripada negara lain dan teruja juga nak lihat bagaimana dia bekerja.

“Namun terus-terang saya agak gementar kerana bukan seorang pelakon yang senang untuk membina chemistry lebih-lebih lagi dengan pelakon lelaki yang baru pertama kali berjumpa.

“Pada awal penggambaran mungkin saya akan kekok sedikit tetapi bila kami sudah mula bercakap dan rehearsal saya biasanya akan sedikit demi sedikit boleh menyesuaikan diri,” katanya kepada murai.com.my

Drama bersiri, 60 episod itu dijangka akan bersiaran di Astro Mustika HD.

Pun begitu, Tiz memberitahu dia belum boleh mendedahkan selanjutnya mengenai drama itu kerana berfikir lebih baik pihak produksi yang akan menwar-warkan kelak.

Dalam perkembangan lain, Tiz baru sahaja tamat penggambaran telemovie Oh My English di New York.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers