Emma Maembong Bertudung Dikecam, Mohon Diberi Masa
Emma Maembong Bertudung Dikecam, Mohon Diberi Masa |
Selepas beberapa foto yang menampilkan Emma Maembong mengenakan hijab penuh berterbangan di serata media massa, laman sosial khususnya, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail telah muncul dengan imej sama di rancangan MeleTOP, Selasa lalu.
Melalui tabloid Metro hari ini, Emma yang hangat digosipkan dengan Zizan Razak itu telah membuat pengakuan mengenai penampilan terbarunya itu dan menyatakan hasratnya kini untuk belajar memakai tudung.
Emma menjelaskan tindakannya itu sebagai langkah awal sebelum tampil berhijab penuh apabila sudah sampai masa yang sesuai. Proses transformasi ini pada Emma harus dibuat secara perlahan-lahan dan bukannya tergesa-gesa kerana bimbang tidak berkekalan.
Selain itu penampilan terbaru Emma juga didorong oleh wataknya dalam drama Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss! dimana keduanya menuntut Emma menjadi muslimah yang lengkap berhijab.
Pelakon yang semakin mendapat perhatian dek kecantikan serta kisah-kisah panas itu juga memohon agar peminat serta umum tidak terus melabel atau mempertikaikan penampilannya itu yang dikatakan sekadar promosi drama lakonannya dan ‘bermusim’.
Sebaliknya aktres berdarah kacukan ini berharap masyarakat memberikannya masa dan bila sudah bersedia Emma akan menunaikan niatnya untuk bertudung penuh yang sememangnya dituntut dalam Islam.
Alhamdulillah sekiranya beliau nak berhijrah.... ^_^
ReplyDeleteinsyallah semakin comel dan ayu Emma bila berhijab kan?
Delete