Malaysia Tak Tersenarai Dalam Festival Filem Asia Pasifik Ke-56

Malaysia Tak Tersenarai Dalam Festival Filem Asia Pasifik Ke-56

Malaysia Tak Tersenarai Dalam Festival Filem Asia Pasifik Ke-56
Malaysia Tak Tersenarai Dalam Festival Filem Asia Pasifik Ke-56

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Filem Malaysia (PFM), Pansha Nalliah akui sedih apabila mendapat tahu Malaysia tidak dicalonkan dalam sebarang kategori dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-56 (APFF-56) yang bakal berlangsung di Macau, China pada 13 hingga 15 Disember ini.

Pansha Nalliah berkata pun begitu pihak mereka tidak menerima keputusan atau surat rasmi daripada pihak penganjur yang sepatutnya hantar kepada mereka akan tetapi dia tetap meletakan harapan untuk lima filem tempatan yang dihantar sebagai penilaian awal dicalonkan.

“Sebenarnya saya tidak pasti tentang maklumat dalam laman web rasmi mengenai keputusan Malaysia tidak tercalon langsung dalam festival kerana pihak kami masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada pihak penganjur tentang lima pencalonan terbaik untuk festival itu.

“Sudah tentulah kami sedih apabila Malaysia tidak tercalon langsung, pun begitu kami masih berharap ada filem kita yang tersangkut dalam lima yang terbaik itu,” katanya.

Pansha ditemui pada sidang media mengenai festival itu yang diadakan di Auditorium P. Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) , semalam.

Menurut laman web rasmi festival itu, hanya tiga negara dari Asean yang terpilih dalam senarai top 5 menerusi 14 anugerah yang dipertandingkan iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand.

Lima filem yang dihantar oleh PFM untuk dipertandingkan adalah Aku Terima Nikahnya, KIL, Juvana, Bikers Kental dan The Golden Couple.

Meskipun tidak berjaya dicalonkan dalam apa-apa kategori dalam festival itu, Pansha berkata, PFM akan tetap berangkat ke Macau bagi memeriahkan majlis anugerah tersebut.

“Sebagai sokongan daripda pihak kami kepada penganjur, kami menghantar 25 orang delegasi dari Malaysia untuk berangkat ke Macau bagi memberi sokongan walaupun jika tidak dicalonkan.

"Ia juga baik untuk mengeratkan hubungan dengan negara-negara lain selain bertukar pandangan dan kerjasama pada masa akan datang," jelasnya.

Antara pelakon yang mewakili Malaysia ke sana dalah seperti Cristina Suzanne, Zahiril Adzim, Mon Ryanti, dan beberapa pengarah filem yang dicalonkan ke anugerah itu.Sebanyak 60 buah filem daripada 23 buah negara telah mengambil bahagian di APFF 56 untuk bertanding.

Malaysia kali terakhir membawa pulang trofi pada festival itu pada tahun 2010 semasa Allahyarham Yasmin Ahmad diumumkan sebagai Pengarah Terbaik menerusi filem Mualaf.

Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers