Komedi Unsur Lucah Dalam Filem Ular Hanya Untuk 18 Tahun Ke Atas

Komedi Unsur Lucah Dalam Filem Ular Hanya Untuk 18 Tahun Ke Atas

Komedi Unsur Lucah Dalam Filem Ular Hanya Untuk 18 Tahun Ke Atas
Komedi Unsur Lucah Dalam Filem Ular Hanya Untuk 18 Tahun Ke Atas

Pengarah filem Ular, Jason Chong akui sengaja menyelitkan unsur lucah sebagai selingan lawak jenaka dalam filem bergenre creature feature yang pertama di Malaysia itu.

Namun, Jason Chong berkata unsur lawak yang terdapat dalam filem ini bersesuaian dengan klasifikasi umur yang telah ditetapkan iaitu 18 tahun ke atas.

“Sebenarnya saya sengaja selitkan unsur lucah seperti seorang laki tua menggantal dengan anak dara dan pasangan gay.

“Bagi saya ianya lawak yang hanya boleh difahama oleh golongan yang berusia 18 tahun ke atas. Lagipun saya mahu sesuaikannya dengan klasifikasi filem ini.

“Pada awalnya, saya mahu ianya ditonton dari kalangan penonton berusia 13 tahun ke atas tetapi setelah ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) ianya menjadi filem yang berklasifikasi 18 tahun ke atas kerana aksi Ular yang kita tonjolkan sangat ganas,” katanya selepas tayangan media previu filem Ular, kelmarin.

Ular yang bakal menemui penonton mulai 5 Disember itu dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperti Yusry Abdul Halim, Lisa Surihani, Izzue Islam, Sharifah Sakinah, Zarina Anjoulie, Namron, Zarina Zainudin dan ramai lagi.

Jason kemudiannya mendedahkan pada media bahawa sebelum penggambaran ketika babak Yusry dan Lisa di sebuah terowong, dia telah menjumpai beberapa ekor ular sebenar di tempat yang sama namun bersyukur kerana penggambaran dijalankan dengan selamat tanpa ada sebarang kemalangan.

“Sebenarnya, Yusry dan Lisa sendiri tidak tahu mengenai ular itu. Saya senyapkan sahaja kerana takut ianya menggangu perasaan mereka ketika penggambaran.

“Malah kru yang menjumpai tiga ular tedung selar dan beberapa ekor ular sawa di lokasi itu pun hanya berdiam diri dan hanya meneruskan kerja seperti biasa.

“Kami bernasib baik, sepanajang penggambaran tiada kemalangan yang berlaku walaupun lokasi itu agak kurang selesa untuk kru dan pelakon,” jelasnya.

Ular berkisar percutian impian beberapa sekumpulan pengunjung termasuklah ke Pulau Batik Panjang. Myra, wartawan kontroversi yang telah diturunkan pangkat ditugaskan membuat liputan ditemani jurukameranya, Remy.

Namun keadaan bertukar menjadi misteri apabila seorang demi seorang pengunjung yang memenangi hadiah percutian tersebut hilang. Semuanya bermula dari kesilapan dua pengunjung iaitu JC dan Boy apabila merela berdua telah memadamkan suis pagar elektrik kerana mahu masuk ke dalam hutan.

Keadaan menjadi huru hara apabila ribuan ular yang kelaparan telah melepasi pagar sekeliling resort itu dan membaham mangsa.Berjayakah pengunjung-pengujung resort itu menyelamatkan diri dari Pulau Batik Panjang?

Segalanya akan terungkai dalam Ular.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers