Pelakon Wanita Dikejar Vip Kerana Hutang

Pelakon Wanita Dikejar Vip Kerana Hutang

Pelakon Wanita Dikejar Vip Kerana Hutang
Pelakon Wanita Dikejar Vip Kerana Hutang

Terbeliak mata Murai Batu apabila mendengar cerita yang satu ini. Tapi Murai Batu tak hairan kerana pelakon wanita ini memang sering dikaitkan dengan VIP atau orang kenamaan sejak diawal pembabitannya lagi.

Bagi Murai Batu memang ramai selebriti tak kita lelaki mahupun wanita yang menggunakan dunia hiburan sebagai lubuk mencari kemewahan segera, tetapi ada juga yang menghambakan diri mereka dengan bakat semula jadi.Itu Murai Batu respect habis.

Entahlah, Murai Batu pun tak tahu apa nak jadi dengan pelakon wanita seorang ini. Tapi kalau melihat raut wajah dan penampilannya,Murai Batu tak hairan, sesiapa saja akan terpesona dengannya dengan sekeli pmata.

Jadi tak kira VIP, pelakon lelaki atau sesiapa saja akan terpikat dengannya sehingga sanggup berbuat apa saja demi mendapat perhatian pelakon wanita berkenaan.

Tapi apabila membabitkan kes berhutang sehingga menyusahkan pihak lain, itu Murai Batu kurang berkenan. Silap haribulan, tak pasal-pasal kena cekup.

Apa yang Murai Batu harapkan, pelakon wanita seorang ini tidak akan menerima nasib seperti itu kerana Murai Batu difahamkan VIP itu telah memohon secara baik untuk bertemu pelakon wanita berkenaan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Bukannya masalah keluarga, tetapi pelakon itu telah berhutang dengan VIP berkenaan dengan jumlah yang agak banyak, termasuk menggunakan beberapa barang berharga VIP itu demi mendapat status dan tampak mewah.

Amboi, tak payahlah sampai macam itu sekali. Kalaupun mahu nampak mewah, biarlah dengan kuderat atau titik peluh sendiri, bukannya dengan meminjam hak orang lain sehingga tuannya telah memohon untuk memulangkannya kembali.

Apapun Murai Batu harap, perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik agar reputasi VIP berkenaan tidak terjejas dan pelakon wanita berkenaan dapat hidup dengan tenang.

Jangan pula selepas selesai saja kes ini dengan VIP berkenaan, pelakon wanita berkenaan beralih arah kepada VIP yang lain dan buat perkara serupa.

Apa yang Murai Batu harapkan, agar pelakon wanita berkenaan sedar dengan kesilapan dirinya dan tidak mengulangi kesilapannya.

Maklum sajalah, industri kita ini kecil saja. Pusing kanan,pusing kiri, kita akan jumpa orang yang sama dan kalau pelakon wanita berkenaan mahu kekal lama dalam industri hiburan tempatan, perlulah buat perubahan.

Semuanya supaya, kes dikejar VIP yang menuntut hutangnya tidak akan berulang kembali.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers