Pemergian Legenda Industri Seni Pada Tahun 2013

Pemergian Legenda Industri Seni Pada Tahun 2013

Pemergian Legenda Industri Seni Pada Tahun 2013
Pemergian Legenda Industri Seni Pada Tahun 2013

Industri hiburan tempatan terutama sekali industri seni perfileman merasai kehilangan apabila ramai pelakon veteran yang disegani telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun ini iaitu 2013.

Malah, kebanyakan ikon yang pergi untuk selamanya ini sangat menyerlah dalam bidang komedi.

Apapun, pemergianmereka tidak akan dilupai kerana jasa dan bakat mereka sememangnya meninggalkan kesan mendalam buat penggiat seni dan peminat industri hiburan tempatan.

Berikut adalah senarai anak seni yang pergi tidak akan kembali sepanjang 2013:



Datuk Yahya Sulong

Tarikh meninggal: 6 Februari 2013

Umur: 84 tahun

Pelakon ini telah disahkan meninggalkan dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua dan menghidap komplikasi pelbagai penyakit termasuklah asma. Jenazahtelah dikebumikan di Teluk Intan, Perak. Allahyarham mempunyai 11 orang anak dan meninggalkan balu, Datin Alisah Ali (juga telah meninggal dunia juga pada 12 April 2013).





S. Shamsuddin

Tarikh meninggal: 4 Jun 2013

Umur: 84 tahun

Seniman tersohor ini telah meninggal dunia jam 10.56 pagi di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura. Pelakon komedi era P.Ramlee ini pernah membintangi lebih 25 buah filem. Antaranya terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok danPenyamun Tarbus. Filem terakhir lakonannya berjudul Eee...Hantu!!!!! arahan Majed Sall



Latifah Omar

Tarikh Meninggal: 9 Jun 2013

Umur: 74 tahun

Seniwati jelita ini telah dilaporkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi,Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia jam 6.20 petang. Sebelum meninggal,arwah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUKM setelah menjalani rawatan akibat penyakit ulser.



Rosnah Mohd Noor

Tarikh meninggal: 4 Ogos 2013

Umur: 54 tahun

Pelakon filem Hantu Siang ini telah meninggal dunia jam 2.55 petang di Hospital Kuala Lumpur. Pada 27 Februari arwah telah dimasukkan ke hospital kerana tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kanser payudara. Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan,beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan ShamiraPuteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.



Maimon Mutalib

Tarikh meninggal: 7 September 2013

Umur: 54 tahun

Allahyarham telah dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam. Arwah disahkan menghidap kanser payu dara tahap keempat pada tahun 2012. Pelakon ini telah meninggalkan lima orang anak iaitu Kamarul Syahid Keristifa, 34, SurayatulNadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembarAbdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.



Noreen Noor

Tarikh meninggal: 22 Oktober 2013

Umur: 54 tahun

Penyanyi popular era 80-an ini telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.30 pagi di Hospital Ampang Puteri, Selangor. Arwah meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang. Allahyarham meninggalkan dua orang anak.



Ahmad Busu

Tarikh meninggal: 10 Nov 2013

Umur: 60 tahun

Pelakon dan pelawak ini telah meninggal dunia akibat penyakit strok di HospitalTengku Ampuan Rahimah, Klang. Arwah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan IslamSeksyen 21, Shah Alam.



Azean Irdawaty

Tarikh meninggal: 17 Disember 2013

Umur: 63 tahun

Kematian dan kehilangan besar yang terbaru buat industri seni negara. Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sekitar jam 8.30 malam pada 17 Disember akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser yang dihidapinya. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada Rabu. Allahyarham meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin atau pelakon Benjy, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Takziah diucapkan kepada keluarga mereka semua yang telah meninggalkan kita buat selamanya ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers