Farawahida, Abdul Shukor Sah Bergelar Suami Isteri

Farawahida, Abdul Shukor Sah Bergelar Suami Isteri

Farawahida, Abdul Shukor Sah Bergelar Suami Isteri
Farawahida, Abdul Shukor Sah Bergelar Suami Isteri

Dalam suasana serba sederhana, penyanyi Farawahida Razali atau lebih dikenali sebagai Farawahida sah bergelar isteri kepada Abdul Shukur Bin Mohd Zain.

Dengan sekali lafaz, kira-kira jam 10.30 pagi semalam, majlis akad nikah telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Sentosa Villa, Taiping, Perak.

Pasangan pengantin telah dinikahkan oleh Kadi Air Kuning, Taiping, Ustaz Imannuddin Zakaria.

Farawahida telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 beserta dua bentuk cincin dan tujuh dulung hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang.

Lebih menarik, pada majlis tersebut suami Fara dilihat mengalirkan air mata, sebaliknya Fara kelihatan tenang sebaik sah diijabkabulkan.

Majlis persandingan Fara dan Abdul Shukur diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, 8 malam ini.

Sementara itu Fara ketika dihubungi Astro Gempak memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana kelancaran majlis pada hari ini.

“Alhamdulillah, syukur…semuanya telah selamat…Di kesempatan ini Fara mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, saudara mara dan para peminat yang telah mendoakan dan merestui hubungan saya dan suami.

“Terima kasih juga kepada tetamu-tetamu yang hadir meraikan majlis bersejarah saya pada hari ini.

“Fara berharap agar perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga, “ katanya.

FOTO KREDIT: SARIAH (PENGURUS FARAWAHIDA)

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers