Rozita Che Wan Sah Jadi Milik Zain Saidin

Rozita Che Wan Sah Jadi Milik Zain Saidin

Rozita Che Wan Sah Jadi Milik Zain Saidin
Rozita Che Wan Sah Jadi Milik Zain Saidin

Dengan sekali lafaz, pelakon, Rozita Che Wan, 40, sah menjadi isteri kepada pelakon, Zain Saidin, 29, di majlis akad nikah yang diadakan di Setia City Convention Centre, pada jam 9.05 malam tadi.

Pasangan selebriti itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Aluwi Parman berwakilkan wali oleh adik kepada pengantin perempuan, Roshidi Che Wan.

Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta menerima mas kahwin sebanyak RM 9,300 dan wang hantaran RM 23,000 daripada pelakon drama Oh My English itu.

Zain kemudian menyarungkan cincin ke jari manis Che Ta untuk sesi membatalkan air sembahyang.

Zain Saidin dan Che Ta turut bertukar-tukar hantaran dengan jumlah dulang yang sama iaitu sembilan.

Zain menyerahkan 9 dulang hantaran berupa 3 biji tas tangan berjenama, 5 pasang kasut, manisan cokelat, wangian, kain pasang, tepak sireh, cek hantaran , telefon bimbit dan al-Quran bersama sejadah.

Sementara Che Ta turut membalas 9 dulang hantaran berupa 5 pasang kasut LV, 5 helai kemeja T, set barangan kulit LV, kek, sireh junjung, wangian 5 set, 5 pasang baju melayu, seutas gelang pandora dan sebentuk cincin.

Mempelai menyarungkan persalinan berona putih rekaan pereka fesyen Man Kajang.

Majlis yang meriah dan romantis itu telah dihadiri oleh 200 orang tetamu termasuk keluarga kedua belah pihak, sahabat handai dan juga rakan media.

Pasangan ini bakal diraikan dalam saru majlis resepsi bertemakan black tie ditempat yang sama pada 13 Disember ini.

Astro Ria merupakan penyiar rasmi majlis pernikahan pasangan selebriti itu.

iskandarX: punya dok buat suspen orang jea selama nie isk isk isk...

Comments

  1. Replies
    1. Akhirnya setelah lama menunggu dengan penuh debaran dan penuh dengan gosip liar, akhirnya is dapat gak publish berita dorang sah berkahwin.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers