Mas Kahwin Wan Maimunah Istimewa, Bimbingan Ke Jalan Yang Diredhai

Mas Kahwin Wan Maimunah Istimewa, Bimbingan Ke Jalan Yang Diredhai

Mas Kahwin Wan Maimunah Istimewa, Bimbingan Ke Jalan Yang Diredhai
Mas Kahwin Wan Maimunah Istimewa, Bimbingan Ke Jalan Yang Diredhai

Walaupun tidaklah sebesar Wedding of The Year yang menjadi sorotan utama penutup 2013, penyatuan Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60 dan suaminya Makpol Saimon, 53 pada Jumaat lalu tetap meriah dan amat bererti buat aktres berkenaan.

Perbezaan usia sebanyak 7 tahun tidak membataskan hasrat Makpol yang merupakan pengusaha kacang pol di Johor Bahru itu memperisterikan aktres veteran yang dikenali dek watak-watak yang dibawakan itu dalam majlis yang berlangsung di Hotel Tropical Inn.

Manisnya majlis pernikahan ini apabila Wan Maimunah sah menjadi isteri kepada Makpol Saimon dengan mas kahwin dirujuk dengan bimbingan ke jalan yang diredai Allah serta wang hantaran berbentuk cincin dan gelang emas. 

Dramatis yang mendapat tajaan busana daripada Iezla Bridal itu sebak dan terharu ketika selesai pernikahan dan menyatakan perasaan syukur kepada Allah SWT kerana diusianya yang sekarang, masih ada lelaki yang ingin memperisterikannya.

“Sebab itulah saya tidak meminta wang ringgit atau harta sebagai mas kahwin, tetapi bimbingan oleh suami ke jalan yang diredai Allah.

"Dia (suami) sanggup memperisterikan saya dan menjadi peneman sepanjang hidup saya. Itu sahaja sudah memadai,” antara ucapan Wan Maimunah yang dipetik di Utusan Online.

Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah Jabatan Agama Johor (JAJ), Makhadzir Abdan pukul 8.20 malam dengan sekali lafaz berwalikan adik lelaki pengantin perempuan, Wan Hamzah.

Sebagai suami kepada seorang pelakon, Makpol kini berdepan dengan situasi baru dan ketika ditemui dia merestui Wan Maimunah untuk terus berlakon .

“Saya tidak boleh merubah apa yang sudah sebati dalam hidupnya dan bersedia berhadapan dengan rencah kehidupan dunia artis," katanya

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers