Gelaran Wedding Of The Year Milik Che Ta-zain Atau Jovian-nina?

Gelaran Wedding Of The Year Milik Che Ta-zain Atau Jovian-nina?

Gelaran Wedding Of The Year Milik Che Ta-zain Atau Jovian-nina?
Gelaran Wedding Of The Year Milik Che Ta-zain Atau Jovian-nina?

Pada 11 Disember iaitu esok, dua pasangan terkenal tanah air iaitu pasangan selebiriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin serta pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dan anak kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri akan meraikan hari bersejarah mereka apabila bakal melangsungkan penikahan masing-masing pada tarikh yang sama.

Dua pasangan ini punya nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air, namun perkahwinann yang manakah yang akan diadakan dengan penuh meriah seterusnya diberi gelaran Wedding of The Year? Sedangkan, dua pasangan ini masing-masing menerapkan konsep yang berbeza serat punya keistimewaan tersendiri pada hari perkahwinan mereka nanti.

Rozita Che Wan dan Zain Saidin dilihat gah dengan majlis perkahwinan yang mewah dengan nilai tajaan yang tinggi, manakala Jovian dan Nina pula lebih mementingkan konsep dan jumlah tetamu yang bakal hadir pada majlis nikah mereka nanti.

Disini, murai.com.my menyenaraikan beberapa fakta mengenai perkahwinan mewah dan istimewa dua pasangan ini sebagai bahan rujukan anda sebelum menjelangnya hari pernikahan mereka esok.

Fakta Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin:

Pasangan ini bakal bernikah di atas gazebo yang direka khas untuk menyaksikan penyatuan ikatan yang sah mereka yang terletak di kawasan lapang yang berumput di Setia City Convention Centre pada 11 Disember ini. Konsep untuk majlis nikah adalah Inggeris Style dengan kaler pastel.

Bakal mempelai itu kemudian bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 13 Disember ini jam 8.00 malam. Konsep untuk majlis resepsi adalah Black Tie.

Program Walimatulurus Rozita Che Wan & Zain Saidin yang akan disiarkan di Astro Ria

Pasangan selebriti ini mengesahkan telah menerima menerima kira-kira RM13 Juta tajaan untuk perkahwinan mereka daripada 28 penaja untuk 3 majlis iaitu majlis berinai, majlis nikah dan majlis bersanding.

Hampir kesemua majlis mereka ditaja oleh pihak korporat kecuali hanya mas kahwin, cincin nikah, wang hantaran dan barang hantaran.

Tajaan termahal ialah daripada Habibs Jewels yang bakal memastikan Rozita Che Wan berseri-seri dengan barang kemas yang bernilai RM10 juta.

Sementara itu busana yang bakal digayakan ketika malam berinai adalah tajaan Bianco Mirmosa bernilai RM55,000.

Tidak ketinggalan baju nikah RM100,000 daripada Man Kajang dan baju persandingan bernilai RM150,000.

Pasangan ini telah berbelanja barang hantaran sahaja sebanyak RM200 Ribu.

Mereka bakal berbalas hantaran dalam jumlah yang sama iaitu 9 tetapi bukan dalam bentuk dulang sebaliknya dalam bentuk peti setiap barang.

Hantaran yang diserahkan kepada setiap pasangan masing-masing bukan sahaja satu barang setiap peti tetapi lebih daripada 2, malah paling banyak adalah perfume iaitu lebih daripada 10 wangian.

Wang hantaran yang akan diserahkan Zain kepada Che Ta adalah sebanyak RM23 200 iaitu sempena tarikh hari lahir bakal pengantin lelaki yang jatuh pada 23 Ferbruari.

Manakala mas kahwin yang akan berikan adalah sebanyak RM9 300, juga sempena tarikh lahir Che Ta.

Cincin nikah yang bertahta berlian yang diberikan kepada pengantin perempuan juga bernilai sempena tarikh lahir Che Ta iaitu RM93 000.



Fakta Perkahwinan Jovian Mandagie & Nina

Majlis akad nikah akan diadakan di Muzium Diraja Istana Negara Lama, Jalan Istana Kuala Lumpur sekitar jam 3.00 petang yang akan hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak pada 11 Disember ini.

Manakala dua majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 14 dan 15 Disember di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur , diikuti sebuah majlis resepsi sebelah pihak perempuan yang akan diadakan di Bera, Pahang.

menariknya tentang majlis perkahwinan mereka itu di mana dijangka lebih 23,000 tetamu akan menghadiri ketiga-tiga majlis resepsi berkenaan terutama sekali di Bera yang dibuat secara terbuka untuk orang ramai.

Bakal menggayakan sepenuhnya pakaian rekaan dari jenama Jovian Mandagie

Majlis respsi pada 14 Disember ini,mereka memilih tema tradisi Melayu yang dilengkapi dengan acara merenjis. Mereka akan menggayakan Songket Terengganu

Manakala untuk majlis keesokan harinya pula, mereka berdua telah bersetuju untuk mengetengahkan tema perkahwinan tradisi Jawa sebagai mewakili keluarga Jovian yang berasal dari masyarakat etnik berkenaan. Bakal mempelai bakal menggayakan batik Irwan Tirta

Dekorasi dan konsep pelamin adalah daripada Jovian Mandagie sendiri kerana telah berpengalaman sebagai perancang perkahwinan.

Jovian turut memperkenalkan rekaan daripada adiknya, Shims Mandagie yang akan mereka cipta persalinan indah untuk majlis bersiram dan juga persandingan di Bera, Pahang nanti.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers