Forum Muzik Untuk Penggiat Muzik Tempatan

Forum Muzik Untuk Penggiat Muzik Tempatan

Forum Muzik Untuk Penggiat Muzik Tempatan
Forum Muzik Untuk Penggiat Muzik Tempatan

Bermula hari ini dan esok, Persatuan Industri Rakaman Malaysia menganjurkan Forumuzik iaitu sebuah forum khas berkenaan industri muzik tanah air di Hotel Istana bermula seawal jam 8.30pagi sehingga lewat petang.

Pelbagai isu akan dibentangkan pada forum selama dua hari berturut-turut itu, termasuklah era baru penerbitan muzik, perhubungan media serta muzik, muzik ke peringkat global, penerbitan dan muzik digital masa kini.

Lebih menarik, forum akan dikendalikan oleh moderator serta para panel berpengalaman luas dalam bidang muzik seperti Pengarah Universal Music Group Asia Tenggara, Sandy Monteiro;  Pengerusi MACP, Habsah Hassan; Pengerusi AIM,Norman Abdul Halim dan Pengarah NKEA, Fadlullah Suhaimi.

Tidak ketinggalan juga Presiden Star Radio Group, Kudsia Kahar; Ketua Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza; CEO Tune Studios, Jeremy Little; Pengarah Urusan Asia Music Publisher  Association, Kenny Shiu dan Pengarah Label Relations APAC, Tan Chee Meng.

Menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia,  Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek turut turun padang pada petang ini bagi memberikan pandang serta ucapannya sempena forum bermakna itu.

Malah bagi menjadikan forum kali ini lebih istimewa, dua penyanyi popular serta berpengaruh tanah air, Datuk Siti Nurhaliza dan Joe Flizzow akan hadir bagi memenuhi sesi wawancara bersama tetamu yang hadir.

Antara artis yang bakal hadir memberikan persembahan istimewa bagi memeriahkan acara berkenaan iaitu, Azlan & The Type Writter,Salammusik dan tidak ketinggalan bakat baru, Hazury.

Penganjuran forum ini diharap dapat memberikan nafas baru serta solusi bermakna bagi memperkembangkan lagi kejayaan industri muzik tanahair bukan sahaja di peringkat tempatan, malahan juga antarabangsa.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers