Maria Arshad Buat Penampilan Istimewa Di Resepsi Jovianina

Maria Arshad Buat Penampilan Istimewa Di Resepsi Jovianina

Maria Arshad Buat Penampilan Istimewa Di Resepsi Jovianina
Maria Arshad Buat Penampilan Istimewa Di Resepsi Jovianina

Pelakon popular di era 80-an, Maria Ashad telah berjaya mencuri perhatian ramai ketika menghadiri majlis persandingan pereka fesyen popular Jovian Mandagie dan pasangannya Nina SabrinaIsmail Sabri di Hotel Shangri-La, di sini semalam.

Ditemui portal murai.com.my, Maria Arshad yang lebih selesa menggelarkan dirinya sebagai Mama nampaknya agak malu-malu apabila diminta untuk ditemuramah oleh program Propaganza dan beberapa media tempatan.

Bagaimanapun pelakon yang seangkatan dengan Noor Kumalasari itu tetap memberikan kerjasama bersama-sama senyuman yang tak pernah lekang sepanjang sesi temuramah diadakan.

“Malulah nak ditemuramah. Sebab sudah lama sangat tak berada di depan kamera seperti ini,” kata Maria Arshad ringkas yang tersipu-sipu malu.

Maria Arshad tampil cukup anggun dan bergaya dengan gaun panjang renda putih gabungan rona pic dan dilengkapi kalung leher mutiara dengan rambutnya didandan rapi.

Dia turut berkongsi bahawa pakaian yang disarungkan hari itu adalah rekaannya sendiri dan telah siap tiga hari sebelum berlangsungnya persandingan Jovian dan Nina.

Ditanya apakah rahsia kecantikannya meskipun sudah mencecahusia 50-an, Maria Arshad berkata dia hanya mengamalkan gaya kehidupan serta pemakanan sihat dan menjalani senaman erobik pada setiap pagi.

Malah dalam usianya itu, Maria Arshad bukan sahaja pandai bergaya malahan juga memiliki susuk tubuh langsing seperti kebanyakan selebriti wanita yang jauh lebih muda daripadanya.

“Tak ada apa sangat yang ingin dikongsikan. Cuma saya percaya dengan pemakanan seimbang dan setiap pagi saya akan menjalani senam erobik sebagai satu kemestian,” katanya berkongsi rahsia. 

Tidak keseorangan, Maria Arshad hadir bersama seorang anak perempuannya dan teman-teman lain yang juga kelihatan mementingkan gaya serta penampilan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers