Aduh! Betulkah Adrina Tidak Berseluar Dalam Mv Ajai?

Aduh! Betulkah Adrina Tidak Berseluar Dalam Mv Ajai?

Aduh! Betulkah Adrina Tidak Berseluar Dalam Mv Ajai?
Aduh! Betulkah Adrina Tidak Berseluar Dalam Mv Ajai?

Agak lama Murai Batu tidak dengar cerita tentang komposer dan penyanyi bernama Ajai. Paling tidak pun, Murai Batu hanya dapat tahu, Ajai sibuk dengan mencipta lagu-lagu baru untuk penyanyi tempatan dan Indonesia tetapi tidak untuk dirinya sendiri.

Bagaimanapun, Murai Batu diberitahu, Ajai yang selama ini ibarat sedang betapa seketika muncul dengan lagu terbaru berentak M-Pop berjudul Aduh.

Menerusi lagu hasil ciptaan sepenuhnya itu, Ajai tidak lagi berduet dengan mana-mana artis. Sebaliknya, dia hanya tampil nyanyi secara solo saja selepas 10 tahun tidak tampil dengan lagu solo.  

Bagaimanapun, Ajai masih lagi muncul dengan formula berduet yang mana dia telah mengundang peserta Projek Metro bernama Adrina untuk bersamanya dalam MV (Muzik Video) lagu Aduh terbitan Creative Stew Sdn Bhd.  

Difahamkan, dalam MV berkenaan, Adrina ada memakai pakaian yang kelihatan seperti tidak memakai seluar saja.

Namun, Murai Batu tidak pasti sama ada ianya benar atau pun tidak si Adrina ini tidak memakai seluar. Mungkin diahanya memakai seluar pendek atau berseluar dalam saja.  

Apa yang pasti, hanya piha kproduksi saja yang tahu sama ada Adrina berseluar atau pun tidak. Murai Batu pun tidak tahu jalan cerita MVb erkenaan.

Adakalanya, pelakon atau model dalam MV hanya memakai pakaian yang disediakan pihak produksi bersesuaian dengan konsep dan jalan ceritanya.

Yang penting, Murai Batu sangat teruja nak tonton dan dengar MV lagu Aduh. Yelah, Murai Batu ni pun salah seorang peminat lagu-lagu ciptaan Ajai.

MURAI BATU: Tiba-tiba teringat lagu Aduh Saliha nyanyian Mawi.

iskandarX: Wah bestnyer.....

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers