Bekas Penyampai Astro, Jfk Juga Pilih 11.12.13 Untuk Bergelar Suami!
Bekas Penyampai Astro, Jfk Juga Pilih 11.12.13 Untuk Bergelar Suami! |
Bekas pengacara dan penyampai radio ASTRO yang dikenali dengan panggilan nama JFK akhirnya sah bergelar suami kepada Nasiha Nassuruddin jam 10 pagi tadi.
JFK atau nama sebenarnya Johan Farid Khairuddin yang pernah menjadi pengacara Mentor musim pertama telah selamat bernikah di Masjid Kelana Petra SS7/13.
Difahamkan, JFK telah mengenali isterinya itu melalui laman sosial selepas Nasiha meninggalkan komen di salah satu gambar yang dimuat naik oleh bekas penyampai radio X-Fresh FM.
Perkenalan selama hampir setengah tahun itu disifatkan cinta pandang pertama JFK terhadap wanita yang berasal dari Kelantan dan bertugas sebagai seorang guru.
Menurut sumber, majlis pernikahan ini diadakan secara kecil-kecilan sahaja dengan hanya melibatkan keluarga dan rakan terdekat. Pun begitu, JFK yang kini bertugas sebagai seorang juru terbangbakal mengadakan majlis resepsi pada awal Februari depan.
Pasangan ini telah memilih tarikh 11.12.13 kerana tarikhnya mudah diingati. Malah, mereka telah ambil keputusan untuk bernikah jam 10 pagi agar ia selari dengan tarikh pernikahan yang digambarkan sebegini, 10AM/11.12.13.
Pasangan mempelai ini masih belum memilih tarikh dan lokasi untuk berbulan madu. Namun, destinasi dan waktu itu akan dipilih mengikut kesempatan saja.
Tahniah dari murai.com.my. Semoga pernikahan ini kekal sehingga akhir hayat.
tahniah diucapkan kepada JFK...semoga berbahagia sehingga ke jannah...
ReplyDeleteJFK is tak berapa familiar sangat tapi tahniah is ucapkan kepada kedua mempelai.
Delete