Zero Tersingkir Di Minggu Kelima Mlm 2013

Zero Tersingkir Di Minggu Kelima Mlm 2013

Zero Tersingkir Di Minggu Kelima Mlm 2013
Zero Tersingkir Di Minggu Kelima Mlm 2013

Tiada lagi peserta Hot Seat yang tinggal dalam Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) selepas satu-satunya peserta yang tinggal iaitu Zero terpaksa melangkah meninggalkan MLM 2013, malam tadi.

Zero tersingkir di minggu kelima MLM 2013, mengikuti jejak dua lagi peserta Hot Seat iaitu Gerak yang tersingkir di minggu pertama dan Mamu yang tersingkir minggu lalu. Zero adalah kumpulan trio adik beradik yang berasal dari Kudat, Sabah dan dianggotai oleh Syaiful, Syarif dan Atu. Mereka sebelum ini pernah merangkul gelaran naib juara Raja Lawak musim ke 6.

Penyingkiran Zero itu telah diumumkan oleh juri tetap yang juga merupakan bintang jelitawan dari Indonesia, Luna Maya. Selain Luna, turut berada di kerusi juri tetap MLM 2013 ialah Datuk Yusof Haslam, Sheikh Haikel dan Nora Danish.

Sebanyak 11 peserta telah membuat persembahan di pentas MLM 2013 minggu kelima malam tadi yang bertemakan bebas. Selain Zero yang tersingkir, dua peserta lagi yang mendapat undian terendah ialah Boboi dan Saywho dari Indonesia.

MLM 2013 minggu ke-5 telah bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dan dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi, Dato` AC Mizal. Dengan penyingkiran Zero, maka tinggal lagi 10 peserta yang akan meneruskan cabaran MLM 2013 pada minggu hadapan.

Rancangan ini turut disiarkan di Astro Warna (131) dan Astro Mustika HD (134).

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Teruskan mengundi peserta kegemaran anda dan jangan lupa menyaksikan persaingan MLM 2013 minggu kelima pada minggu hadapan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers