Liyana Jasmay Dan Suami Suka Travel Tapi Tak Suka Sukan!
Liyana Jasmay Dan Suami Suka Travel Tapi Tak Suka Sukan! |
Menerusi sesi Artis Chatz Murai tempoh hari, pelakon utama filem Papadom 2, Liyana Jasmay telah diasak dengan soalan siapakah suaminya dalam filem berkenaan.
Pun begitu, Liyana yang hadir bersama ibunya pada hari tersebut masih merahsiakan jawapan untuk soalan itu dengan memohon peminat untuk menonton filem berkenaan di pawagam pada 12 Disember ini untuk mengetahui jawapannya.
Selain mengenai suaminya dalam filem tersebut, Liyana turut disoal mengenai suaminya yang sah bernama Fathuddin Mazlan.
Antara jawapan yang menarik dari Liyana tentang suaminya berkaitan dengan sukan.
“Saya memang tak suka. Apa jenis sukan pun saya tak suka. Suami saya pun sama. Sebab itulah, dia jadi suami saya. Tapi, suami saya suka pergi gim untuk jaga kesihatan.
“Kami ni sekepala. Terutama sekali bab travelling. Kami memang suka berjalan-jalan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Liyana turut diajukan soalan mengenai kandungannya itu.
“Kami masih belum tahu jantina kandungan saya ini. Nama pun masih belum ada. Apapun, doakanlah yang terbaik untuk kami,” katanya.
Dalam pada itu, Liyana yang popular menerusi lagu Cinta Bersatu bakal muncul dengan album terbaru.
“Insya-Allah, album saya akan keluar tidak lama lagi. Tapi selepas saya selamat bersalin. Sekarang ini, saya lebih fokuskan kepada kesihatan dan kandungan saya.
“Disebabkan mengandung, saya juga tidak ambil sebarang tawaran berlakon. Saya mahu rehat dan jaga kesihatan bayi yang saya kandung ini,” jelasnya.
saya pun tak suka sukan...he he he...
ReplyDeleteaik? kenapakah Farah tak suka bersukan hehehehe
Delete