MLM 2013: Giliran Mamu Tersingkir Di Minggu Ke 4

MLM 2013: Giliran Mamu Tersingkir Di Minggu Ke 4

MLM 2013: Giliran Mamu Tersingkir Di Minggu Ke 4
MLM 2013: Giliran Mamu Tersingkir Di Minggu Ke 4

Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) kini telah pun memasuki minggu ke-4, dan perjuangan kumpulan Mamu namapaknya berakhir malam tadi selepas mereka mendapat markah terendah daripada gabungan undian SMS dan permarkahan juri pada minggu ini.

Penyingkiran Mamu itu diumumkan oleh Datuk Yusof Haslam yang merupakan salah seorang dari empat juri tetap untuk MLM 2013. Selain Mamu, turut mendapat markah terendah pada minggu ini ialah Boboi dan Wala.

Dengan bertemakan Spoof, kesemua 12 peserta MLM 2013 pada minggu ke-4 ini diminta untuk mempersembahkan satu jalan cerita yang diparodi dalam bentuk komedi mengikut sesebuah filem, drama atau isu semasa.

Kumpulan Mamu gagal memikat hati juri untuk minggu ini seperti yang mereka lakukan sewaktu memenangi ‘Hot Seat’ dan ketika di minggu pertama MLM 2013. Akibatnya, kumpulan yang dianggotai Ajo dan Abu Mamu terpaksa menerima hakikat yang perjuangan mereka di MLM 2013 telah pun berakhir.

Dengan penyingkiran Mamu, maka tinggal lagi 11 peserta yang akan meneruskan cabaran MLM 2013 pada minggu hadapan.

MLM 2013 minggu ke-4 telah bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dan dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi, Dato` AC Mizal. Selain Datuk Yusof Haslam, tiga lagi juri tetap ialah Luna Maya, Sheikh Haikel dan Nora Danish.

Rancangan ini turut disiarkan di Astro Warna (131) dan Astro Mustika HD (134).

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Teruskan mengundi peserta kegemaran anda dan jangan lupa menyaksikan persaingan MLM 2013 minggu kelima pada minggu hadapan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers