Adi Putra Ada Pendirian Sendiri, Tidak Akan Tunduk Pada Suami Aida
Adi Putra Ada Pendirian Sendiri, Tidak Akan Tunduk Pada Suami Aida |
Aktor Adi Putra berkata dia tidak akan tunduk dengan permintaan Amiruddin Othman, 50, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengannya agar mengaku dia terbabit dalam kes pertukaran gambar lucah.
Menerusi kenyataannya dalam mStar Online hari ini, pelakon filem KL Gangster 2 itu berkata dia mempunyai pendirian sendiri dan berhak untuk tidak mengikut kata Amiruddin kerana tidak bersalah dalam kes itu.
Adi bagaimanapun berkata dia menghormati permintaan Amiruddin yang mahukan dirinya mengakui kesilapan itu tetapi dia sesekali tidak akan tunduk kepada keinginan lelaki itu.
Adi juga berkata dia yakin dia berada di pihak yang benar dan tidak gentar sekiranya Amiruddin ingin membuat tindakan lanjut.
Terdahulu, aktor dari Singapura itu dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media pada 13 Disember iaitu sehari kemudian telah meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.
Amirrudin bersama isteri kemudiannya telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Adi dan Nooraida menurut laporan tersebut telah didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.
Sementara itu, Adi juga menegaskan, kes tersebut juga tidak akan menghalangnya untuk membalas mesej-mesej peminatnya di laman sosial di Twitter, Instagram mahupun di Facebook selepas ini.
"Tidak kira apa status peminat itu, lelaki atau perempuan, saya akan membalas mesej-mesej mereka. Saya tahu batas saya melayan peminat-peminat," tegasnya.
Salam..........apa khbar is...is oooooo is.....kikikiki...lama tk dgr cite..lan dtg bc entry sambil isi tabung ye...lepas baca entry mata nie trus satu arah je..kakakakak
ReplyDeletewasalam Lan, oiiiii heheheheee is shout kat shoutbox lan tp kena ban aaaaaaa apehal ntah apa salah kami harap di maaf kan, hehehe sapa yg tak nak kan skandal dengan perempuan macam tu kan lan? isk isk isk nauzubillah. terima kasih lan.
Delete