Chad Tiada Peluang Berbuka Dengan Suami
Chad tiada peluang berbuka dengan suami kerana bekerja sebagai penyampai radio Hot FM mula bertugas 8 Malam pada Ramadhan ini.
Walaupun jadual kerja tidak mengizinkan penyampai radio Hot FM, Chad atau nama sebenarnya Nur Shazrena Abd Rahim untuk berbuka puasa dengan suaminya, Mohd Haris Muhamad, namun pasangan ini mengambil pendekatan untuk bersahur bersama-sama.
“Jadual kerja saya bermula pada jam 8 malam dan perkara ini membataskan saya dan Haris untuk berbuka bersama. Saya selalunya menyediakan makanan lebih awal untuk suami dan dia hanya perlu memanaskannya saja ketika berbuka nanti.
Kami bangun sahur tepat pada masanya untuk menghabiskan masa bersama di rumah. Ini kerana Haris lebih gemar makan di rumah. Saya yang dulunya jarang memasak kini begitu teruja belajar memasak. Antara menu yang saya sudah pelajari seperti Ikan Goreng Sambal dan Masak Lemak Udang yang merupakan kegemarah Haris,” ujar Chad usai sesi fotografi bersama GUA baru-baru ini.
Gitaris kumpulan Klangit yang berada di sisi isterinya menambah yang dia kini memilih untuk masuk tidur awal bagi memastikan yang dia bangun untuk sahur. Menurut Haris, hidupnya kini lengkap dengan kehadiran Chad sebagai isteri dan dia menggemari masakan Chad yang mempunyai sentuhan masakan ibunya.
“Saya dulu jarang bangun sahur, sebaliknya makan lewat malam dan terus tidur. Kini saya memilih untuk tidur lebih awal dan bangun pada masa sahur untuk makan bersama Chad. Saya juga dapat merasakan sentuhan Mama dalam masakan Chad walaupun menurut Chad dia jarang memasak sebelum ini,” kata Haris.
Chad turut berkongsi yang minuman kegemaran suaminya adalah teh tarik yang mana wajib disediakan khas untuk Haris. Manakala Chad pula merupakan penggemar air Vitagen.
Haris menambah yang dia sememangnya langsung tidak tahu memasak. Jadi, dia lebih suka memanaskan lauk- pauk yang dimasak oleh Chad untuk berbuka daripada perlu menggoreng telur. Ini kerana Haris lebih cenderung mengemas rumah berbanding berada di dapur.
“Chad kurang gemar mengemas rumah, manakala saya pula suka mengemas rumah. Dalam dua hari sekali saya akan mengemas rumah dengan niat untuk memastikan rumah sentiasa kemas dan bersih,” ujar Haris.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.