Awie Bidas Sangkakala

Awie Bidas Sangkakala

Awie bidas sangkakala yang menulis berita tentang beliau memukul serta mendera isterinya iaitu Rozana Misbun yang ditulis di blog Sangkakalajari9.

Mengambil tindakan untuk berdiam dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes yang mendakwa dirinya memukul isteri sendiri, penyanyi rock Awie kini dihimpit pula dengan spekulasi berkenaan kes dia dan isterinya yang kita sendiri tidak tahu kebenarannya.

Menerusi sebuah blog yang bernama 'Sangkakalajari9', penulis yang menggelarkan dirinya sebagai Sangkakala menulis entri berkenaan konflik yang berlaku antara vokalis kumpulan Wings ini dan isterinya, Rozana Misbun yang bertajuk 'Kisah Malang Seorang Isteri Bernama Rozana Misbun'. Penulis blog ini dengan beraninya membuat pelbagai andaian yang secara jelas cuba membela Rozana.

Antara perkara yang dipersoalkan oleh penulis blog ini ialah kesahihan surat nikah Awie dan Rozana. Menurut Sangkakala pihak keluarga Rozana kini menghadapi kesukaran dalam mendapatkan salinan sijil nikah pasangan ini yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertarikh 20 Jun 2005.

Awie Bidas Sangkakala


Segala usaha yang telah dilakukan kononnya menemui jalan buntu berikutan MAIS yang dikatakan tidak mempunyai sistem pengkomputeran itu membayangkan kesukaran untuk mengesan sijil berkenaan.

Ketiadaan sijil nikah itu telah menyebabkan pihak isteri sukar memohon hak penjagaan terhadap anak-anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha. Bahkan, peguam yang dilantik Rozana juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana pernikahan itu tidak didaftarkan di Malaysia.

Dakwa Sangkakala lagi Awie telah menghalang Rozana daripada berjumpa dengan anak-anaknya. Awie dikatakan telah menghantar satu surat arahan kepada Adni Islamic International School, Taman Melawati dan Smart Reader, Ukay Perdana pada 21 Jun 2014 yang melarang Rozana daripada berhubung sama ada menerusi telefon atau berjumpa dengan anak-anak mereka di sekolah-sekolah terbabit. Dia turut turut berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat cuba membantu Rozana bagi memastikan keselamatan serta kebajikan ketiga-tiga beradik itu terpelihara.

Spekulasi tentang Rozana mencuri wang Awie juga turut dibincangkan. Menurut Sangkakala wang RM250,000 itu adalah wang yang disimpan di akaun peribadi Rozana yang diperuntukkan sebagai nafkah anak-anak, isteri serta belanja keperluan rumah. Malah, dia juga mendakwa wang itu juga terpaksa dikeluarkan bagi menampung perniagaan kelab malam yang diusahakan Awie di Ipoh, Perak. 

Persoalannya, apakah benar apa yang didakwa oleh penulis blog ini? Jika dilihat pada penulisannya, Sangkakala seolah-olah individu yang begitu dekat dengan Rozana ataupun pihak keluarganya. Jadi, apa reaksi Awie berhubung perkara ini? 

GUA cuba menghubungi Awie untuk mendapatkan penjelasan lanjut, tetapi berjaya. Bagaimanapun, Awie memberi telah memberi kenyataan menerusi portal Astro Gempak.

Kekal dengan prinsip berdiam lebih baik, Awie enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana menghormati kes mereka yang kini sudah menjadi kes mahkamah.

Awie Bidas Sangkakala


“Berdiam diri lebih baik. Bercakap banyak ni perangai syaitan. Siapa penulis blog itu? Mengapa dia gunakan nama samaran jika dia berkata benar? Tunjukkanlah diri," ujar pelakon filem 'Sembilu' ini.

"Lagipun siapa dia untuk menulis tentang rumah tangga orang lain? Cara dia menulis seolah-olah dia tidur sebantal dengan isteri saya. Tetapi tidak mengapalah, teruskan bercakap kerana saya pula akan terus berdiam kerana ia kes mahkamah dan saya menghormatinya,” kata Awie ketika dihubungi Astro Gempak.

Kenyataan Awie menarik perhatian Sangkakala dan dia menulis kenyataan balas dalam entri terbaru menerusi blog 'Sangkakalajari9'. Berikut merupakan kenyataan balas Sangkakala.

"SANGKAKALA TAK PERLU TIDUR DENGAN ROZANA UNTUK DAPAT BERITA SEBENAR."

"Sangkakala ada menulis tentang isteri kepada artis terkenal tanah air yang kononnya telah dipukul oleh artis tersebut hingga gambar beliau di masukkan dan tersebar dengan meluas dalam laman Facebook.

Tak sangka pulak penulisan Sangkakala tentang kisah sebenar apa yang berlaku mendapat perhatian daripada artis berkenaan sehingga sanggup beranggapan bahawa Sangkakala seolah olah pernah tidur sebantal dengan Rozana yang masih menjadi isteri beliau.

Kalau nak diikutkan daripada apa yang dinyatakan oleh Awie dalam portal berkenaan, Sangkakala ada berasa sedikit kecewa kerana Awie bertindak beranggapan seolah olah Sangkakala pernah tidur dengan isteri beliau sehingga berita tersebut Sangkakala perolehi.

Untuk makluman Awie, Sangkakala masih waras dan tidak melakukan perkara terkutuk seperti itu untuk mendapatkan maklumat dan cara Awie bercakap seolah olah beliau mengakui apa yang Sangkakala tuliskan adalah benar.

Sepatutnya jika perkara itu tidak benar maka sepatutnya Awie membela diri beliau dan bukannya beranggapan sepertimana yang beliau katakan," tulis Sangkakala dalam kenyataan balasnya terhadap kenyataan Awie di laman Astro Gempak.

Terdahulu, Awie mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul isterinya, Rozana dan minta dibicarakan. Pengakuan penyanyi itu dibuat dihadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman di Mahkamah Seksyen / Majistret Ampang pada 4 Julai lalu.

Pada 2 Jun 2014, kira-kira jam 1.30 petang, pelakon filem 'Zombie Kampung Pisang' itu telah didakwa dengan sengaja mengasari Rozana sehingga menyebabkan kecederaan parah dalam satu kejadian di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Klang. Pelakon filem 'Cuci' itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.


Mahkamah telah memerintahkan Awie membayar wang ikat jamin sebanyak RM9000 dengan dua orang penjamin dan kes Awie akan disebut semula pada 11 Ogos 2014.



Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers