Nurul Wahab Teruja Puasa / Raya Dengan Anak-anak
Nurul Wahab teruja Puasa & Raya dengan anak-anak, lebih-lebih lagi dengan kehadiran anaknya yang terbaru Zachary Depp.
Ramadan kali ini pasti berbeza buat penyanyi Nurul Wahab dan suami, Eric Depp memandangkan ini pertama kali mereka menyambut Ramadhan dan Aidilfitri dengan kehadiran seorang putera, Zachary Depp, 9 bulan.
Walaupun sebelum ini Nurul sudah dikurniakan seorang anak perempuan hasil perkahwinan dengan bekas suami, komposer Ajai, namun Nurul akui teruja menyambut Ramadan kali ini memandangkan anak sulungnya yang lebih dikenali dengan nama Ayu, sudah pun menginjak dewasa.
“Ramadan dan raya tahun ini sememangnya berbeza. Ayu pun dah berusia 16 tahun. Zachary pun semakin membesar. Perasaan tu rasa seronok sangat sebab macam tak percaya saya ada lagi seorang anak setelah sekian lama tidak mempunyai anak kecil,” kata Nurul sewaktu sesi fotografi bersama GUA.
Berkongsi tentang pengalaman menjadi ibu kepada Zachary, kongsi Nurul, pada awalnya dia agak kekok menguruskan anak kecil.
“Waktu awal-awal bersalin, saya jadi lupa macam mana nak jaga ‘baby’. Tapi perlahan-pelahan saya ingat balik macam mana saya jaga Ayu dulu. Tapi Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja sebab kalau nak ikutkan saya punya banyak pengalaman menjaga anak kecil sebab saya ada enam orang adik yang saya jaga,” ujar Nurul.
Perasaan teruja Nurul menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan ahli baru tidak memaksa Nurul untuk membuat persiapan yang melampau.
“Zachary masih ‘baby’ jadi persiapan biasa-biasa saja. Persiapan untuk saya dan suami pun ringkas saja sebab bagi saya, Ramadan bulan mensucikan diri manakala Aidilfitri pula untuk meraikan kemenangan setelah 30 hari menahan lapar dan dahaga. Hari pertama Aidilfitri saja yang penting. Hari kedua baru pegi melawat sanak saudara,” kongsi Nurul.
Sementara itu, anak sulung Nurul, Ayu tak sabar menyambut Aidilfitri bersama adik lelakinya. Kata Ayu, dia lebih gemar bermain dengan budak lelaki dan gembira akhirnya memiliki seorang adik lelaki.
“Anak-anak Papa (Ajai) semuanya perempuan. Jadi bila Mama dapat anak lelaki, Ayu seronok sangat. Budak lelaki ‘hyper’. Jadi seronok main dengan mereka,” ujar Ayu.
Walaupun Nurul jarang muncul di kaca televisyen, namun sebenarnya pelantun lagu ‘Cinta Azali’ ini masih aktif menghadiri jemputan nyanyian di majlis-majlis tertutup. Selain itu, Nurul juga sedang berjinak-jinak dalam perniagaan pakaian baju kurung Pahang, New Rules Collection.
Kredit :
Lokasi fotografi : Novotel Kuala Lumpur ( terima kasih kepada Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi, Goh Ching Sing atas kerjasama yang diberikan)
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.