Kenapa Nabila Huda Jual Barangan Peribadi?

Kenapa Nabila Huda Jual Barangan Peribadi?


Kenapa Nabila Huda jual barangan peribadi? Adakah kerana beliau ingin melupakan kisah kontroversi yang sedang melanda dirinya?

Tindakan Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil memadam semua gambar di akaun Instagram miliknya mengejutkan banyak pihak. Malah, ada para peminat setia Abil turut kecewa kerana tidak dapat lagi mengikuti rutin atau perkembangan karier pelakon secara dekat.

“Saya rasa lebih gembira sekarang yang mana komunikasi bersama peminat hanya melalui Twitter. Saya akan memuat naik gambar di Instagram hanya atas tujuan kerja dan promosi filem atau drama semata-mata dan tidak ada kaitan dengan kehidupan peribadi saya.

Kenapa Nabila Huda Jual Barangan Peribadi?


Sebelum ini niat saya berkongsi gambar-gambar di Instagram adalah untuk berada lebih dekat dengan peminat-peminat yang tinggal jauh dan tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan saya. Namun ada pihak yang mengambil kesempatan dan tidak menghargai usaha yang dibuat oleh saya itu,” ujar Abil ketika bercakap kepada GUA baru-baru ini.

Menurut Abil, dia mengambil pendekatan untuk enggan berkongsi kisah peribadinya lagi di laman sosial sebaliknya hanya menggunakan medium itu atas tuntutan kerja sahaja. Bagimanapun, Abil turut mengambil pelbagai inisiatif untuk berada lebih dekat dengan peminatnya dan antaranya adalah dengan menjual barang-barang peribadi miliknya.

“Saya dah tak ada Instagram, jadi ini adalah salah satu cara untuk berada dekat dengan peminat-peminat saya. Malah barangan peribadi saya ini dijual dengan harga yang lebih murah, kira-kira RM200 ringgit kurang daripada harga asal dan ada di antaranya saya tak tahu berapa harga yang sewajarnya dikenakan untuk barangan tersebut.

Kenapa Nabila Huda Jual Barangan Peribadi?


Saya mengumpul lebih kurang sembilan plastik besar barangan peribadi untuk dijual. Kebanyakannya merupakan koleksi pakaian yang digunakan untuk menjayakan sesuatu watak. Selain menjual barangan peribadi ini, ada di antaranya saya dermakan kepada pihak tertentu,” ujar Abil lagi.

Sertai Misi Kemanusiaan

Bercerita mengenai pengalamannya menyertai Misi Kemanusiaan ke Kemboja, Abil menjelaskan yang ianya begitu indah dan sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Malah dia juga bercadang untuk berkunjung lagi ke Kemboja kerana sudah jatuh cinta dengan suasana di sana.

“Walaupun menyertai kumpulan sukarelawan, namun saya ke sana lewat sehari dan perlu menggembara seorang diri dari lapangan terbang ke kawasan pedalaman yang memakan masa selama enam jam.

Kunjungan saya ke Kemboja mengajar saya makna bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang. Walaupun jauh dari arus teknologi moden serta tidur di atas lantai, namun saya sukakan suasana di sana serta keakraban antara keluarga yang begitu kuat sekali,” ujar Abil berkongsi cerita.

Dalam perkembangan terkini, Abil akan memulakan penggambaran drama 13 episod 'Jalan Mati' karya Khabir Bhatia untuk saluran TV9. Drama bersiri tersebut turut membariskan para pelakon seperti Kamal Adli, Nad Zainal dan Remy Ishak.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers