Aeril Zafrel Tengah Kumpul Bukti

Aeril Zafrel Tengah Kumpul Bukti


Aeril Zafrel tengah kumpul bukti kecurian keretanya Suzuki Swift plat pendaftaran WWY 5833 yang dicuri pada tahun lalu.

Ekoran isu kehilangan kereta model Swift bernombor pendaftaran WWY 5833, pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkongsi rasa kecewa terhadap individu yang ‘mencuri’ kereta mereka sekitar tahun lalu.

Jelas Aeril ketika dihubungi, bukan kehilangan kereta tersebut yang membuat mereka kecewa. Sebaliknya tingkah laku individu tersebut yang sering berpura-pura seolah-olah tiada tahu menahu tentang kehilangan kereta terbabit.

Aeril Zafrel Tengah Kumpul Bukti


“Kami kecewa dengan tingkah laku dia. Kami memang dah kenal lama individu ini. Ada masanya dia merasa begitu rapat dengan kami. Tapi dia boleh pura-pura tak tahu sedangkan dia adalah punca,” kata Aeril sinis.

Apabila ditanya siapakah gerangan orang yang dimaksudkan itu, Aeril enggan mendedahkannya kerana perkara ini masih dalam siasatan pihak polis.

“Kami dah buat laporan polis sejak tahun lepas. Lagipun kami masih dalam proses mengumpul segala bukti. Biar pihak berkuasa menjalankan tugas mereka terlebih dahulu. Sampai masanya kebenaran akan datang,” katanya.

Aeril turut menjelaskan bahawa kereta tersebut bukan milik MIG seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Kata Aeril, kereta tersebut memang atas nama MIG tapi Wawa yang membayar ansuran pinjaman setiap bulan.

“Waktu Wawa nak beli kereta tu, dia tak cukup syarat untuk membuat pinjaman kereta. Oleh kerana itu, kereta tersebut dibeli atas nama MIG. Tapi wang pendahuluan, bayaran setiap bulan dan sebagainya dibuat oleh Wawa,” jelas Aeril mengakhiri bicara.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers