Sharifah Shahira Komen Perangai Sharifah Sakinah

Sharifah Shahira Komen Perangai Sharifah Sakinah


Sharifah Shahira komen perangai Sharifah Sakinah nampaknya kakak dah menjalankan tugasnya sebagai seorang kak menasihati adiknya.

Umum mengetahui adik kepada Sharifah Shahira iaitu Sharifah Sakinah sering mengundang kontroversi dengan gambar-gambar yang dimuat naik olehnya di akaun Instagram mahupun laman sosial Keek tidak lama dahulu.

Sakinah sering ditempelak kerana dikatakan tidak sensitif dengan pandangan masyarakat. Antara yang menjadi bualan peminat dunia hiburan ialah ketika dia memuat naik beberapa gambar tayang perut dan gambar t-shirt berimej payudara. Biarpun Sakinah punya alasan sendiri, namun ramai yang menghentam tindakannya itu.

Sharifah Shahira Komen Perangai Sharifah Sakinah


Agak-agaknya bagaimana penerimaan keluarga Sakinah? Menurut kakaknya, Shahira atau Shira, pihak keluarga memang menyedari semua gosip-gosip atau kontroversi yang singgah terhadap adiknya itu.  Bagaimanapun, mereka tidak terlalu mengambil pusing kerana tahu keperibadian sebenar Sakinah.

“Kami tak sangka Sakinah boleh mengundang pelbagai kontroversi melalui akaun Instagramnya itu, Tetapi, dia memang suka buat benda-benda yang pelik. Kami sekeluarga bukan tidak pernah menasihatkannya. Kami dah cakap pada dia, apa-apa yang dia buat dia perlu bertanggungjawab. Dia pun faham dan kata okay.

Secara peribadi, saya tidak menghiraukan sangat cakap-cakap orang tentang Sakinah. Saya tahu hati dia baik. Dia tidak pernah membantah cakap kami. Kalau minta sebarang pertolongan, pasti dia akan buat, tanpa beri sebarang alasan untuk menolak. Dia juga sering menjaga nenek suami saya, Ijoy. Pihak keluarga memang faham sangat dengan perangai dia. Orang yang tidak kenal dengan dia memang boleh berkata apa sahaja, ” ujar Shira ketika ditemui baru-baru ini.

Sharifah Shahira Komen Perangai Sharifah Sakinah


Tolong suami urus medan selera

Sementara itu, Shira juga sempat berkongsi bahawa suaminya kini telah membuka sebuah medan selera yang dinamakan Enjoice Corner berhampiran rumahnya di Taman Malawati, Kuala Lumpur. Jelas Shira, sekarang ini jika dia kelapangan, dia akan membantu suaminya itu menguruskan medan selera itu.

Sharifah Shahira Komen Perangai Sharifah Sakinah


“Food court ini sudah beroperasi hampir dua bulan. Bukan kami sahaja berniaga di situ, tapi buka peluang kepada peniaga-peniaga lain juga. Emak mentua saya, Maria Arshad menjual Ikan Bakar. Jadi, sekarang ini kalau tiada apa-apa kerja, saya akan habiskan masa di sanalah. Tolong Ijoy apa yang patut,” cerita Shira.

Bercerita tentang perkembangan kariernya pula, Shira memberitahu ketika ini dia terikat dengan pelbagai kempen produk berbanding dengan lakonan.

“Bukan saya tidak mahu berlakon, tetapi tawaran yang diberikan kadangkala tidak sesuai dengan saya. Bahkan, ada juga yang bayaran tidak berbaloi. Lagipun saya selesa dengan tugas-tugas mengacara. Untuk Ramadan dan Syawal ini saya mengendalikan segmen ‘Seceria Air Tangan Ibu’ yang dibawakan khas oleh Planta di Wanita Hari Ini, TV3 dan juga program ‘Jom Buka’ di TV9 yang ditaja oleh Ambi Pur,” ujar Shira.



Kredit foto :

Instagram Sharifah Shahira & Sharifah Sakinah

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers