Aaron Aziz Puji Luna Maya

Aaron Aziz Puji Luna Maya


Aaron Aziz puji Luna Maya, aii puji Luna Maya la pulak Aaron? Adakah sebab bakat atau sebab lain? Jom tengok apa cerita?

Pertama kali bergandingan dengan Luna Maya dalam filem terbaru arahan Ahmad Idham, 'Tembus', pelakon kacak Aaron Aziz memuji lakonan yang ditunjukkan oleh pelakon dari Indonesia itu. Filem 'Tembus' bakal menerjah layar lebar seluruh Malaysia pada sambutan Aidilfitri ini.

"Bercakap mengenai pengalaman saya ketika bergandingan dengan Luna, saya rasakan dia memberi kelainan dalam filem ini. Dia pelakon yang hebat dan berpengalaman. Lakon layar filem ini juga menampilkan sesuatu yang segar. Gabungan saya, Khir Rahman, Fazura dan juga Luna membuatkan filem ini berbeza," ujar pelakon filem 'KL Gangster' ini.

Aaron Aziz Puji Luna Maya


Bercerita mengenai keserasian dirinya bersama Luna dalam filem ini, Aaron menyatakan yang pengarah filem 'Tembus', Ahmad Idham ada memintanya berbual dengan Luna untuk mendapatkan keserasian.

Aaron Aziz Puji Luna Maya


"Sebelum filem ini menjalani penggambaran, Idham ada menyuruh saya untuk berbual dengan Luna untuk mendapatkan keserasian, memandangkan ini kali pertama saya bekerjasama dengan Luna.

"Tapi bagi saya pula, saya mendapatkan keserasian tersebut semasa bergandingan dalam kamera. Saya jenis yang akan memberikan perkara tersebut apabila pengarah cakap 'action'. Akhirnya, kami berjaya mendapatkan apa yang ingin ditonjolkan oleh pengarah," cerita Aaron lagi.

Bercerita serba sedikit mengenai watak Hari yang dibawakan olehnya, Aaron mendedahkan yang wataknya kali ini berbeza dengan watak-watak yang pernah dijayakan sebelum ini. Terdapat sedikit 'twist' untuk watak ini di akhir cerita.

Sebelum mengakhiri perbualan, Aaron juga sempat ditanya tentang persiapan menyambut Aidilfitri pada hujung bulan ini. Jelas hero 'Ombak Rindu' ini, dia dan keluarga belum lagi melakukan apa-apa persiapan, tetapi mereka sekeluarga telah pun membeli tiket penerbangan pulang ke Singapura untuk beraya di sana.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers