Almy Nadia Hamil, Fizz Fairuz Pula Bersikap Baran

Almy Nadia Hamil, Fizz Fairuz Pula Bersikap Baran


Almy Nadia hamil, Fizz Fairuz pula bersikap baran, eh eh eh ini kan bulan Puasa jangan la baran sangat Fizz Fairuz kan isteri tengah menandung tu?

Selepas aktres drama bersiri 'Dunia Baru', Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, selamat bergelar isteri kepada Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, pada 26 April lalu, Almy kini disahkan hamil anak pertama.

Baru memasuki usia kandungan lima minggu, Fizz mengakui yang dirinya kini bersikap sedikit baran dan percaya sikapnya itu kerana pembawakan bayi dalam kandungan Almy.

Almy Nadia Hamil, Fizz Fairuz Pula Bersikap Baran


"Saya perasan yang apabila Almy hamil, saya bersikap sedikit baran. Ada juga orang ingat saya seperti sedikit kurang ajar, tapi sejujurnya kini saya selalu rasa macam nak mengamuk sahaja. 

Perkara tersebut tidak pula terjadi kepada Almy. Isteri saya pula hanya akan rasa tidak larat dan sebu. Mungkin ini adalah pembawakkan budak dan perkara ini tidak lama," ujar Fizz kepada GUA.

Almy Nadia Hamil, Fizz Fairuz Pula Bersikap Baran


Selepas berita kehamilan Almy diumumkan oleh rakan baik isterinya, Aida yang merupakan pemenang pencarian Gadis Melayu TV9 menerusi akaun Instagram, timbul pula isu mengapa orang lain pula yang mengumumkan berita baik ini dan bukannya daripada mulut mereka sendiri.

"Kalau orang lain umumkan pun, saya tak nampak pun ada apa-apa masalah di situ. Kami bukan tak nak umumkan, tetapi kehamilan Almy pun masih baru lagi. Saya enggan respon isu sebegitu. Apabila orang cerita  bukan-bukan, saya dan Almy tak patut layan. Kalau dilayan, merebak pula nanti," kata Fizz yang ditemui usai tayangan filem 'Mat Tudung' di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju pada Rabu.

Belajar Pakai Tudung

Menerusi filem terbaru lakonannya itu, Fizz membawa watak sebagai Johari dan kehendak watak itu menuntut Fizz untuk menyamar sebagai seorang wanita bertudung. Filem 'Mat Tudung' bakal ditayangkan pada sambutan Aidilfitri kelak.

Almy Nadia Hamil, Fizz Fairuz Pula Bersikap Baran


"Bagi saya, cabaran saya dalam menjayakan watak ini adalah saya sendiri yang berasa rimas. Saya rasa rimas kerana harus bersiap selama dua jam untuk menjadi perempuan. Kena bersolek, memakai tudung dan sebagainya. Saya juga harus menyelami jiwa wanita," jelas Fizz.

"Watak ini adalah watak berbeza yang saya pernah saya bawakan. Jika sebelum ini saya seringkali membawa watak ustaz dalam filem, kali ini watak saya lain pula. Saya mengambil ini sebagai cabaran buat saya dan saya enggan ambil pusing mengenai apa yang orang katakan. Watak saya menyamar sebagai perempuan pula bukanlah sengaja diadakan, tetapi ada sebab mengapa saya perlu menyamar. Jadi penonton di luar sana harus menyaksikan filem ini sendiri," ujar Fizz mengakhiri perbualan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers