Luna Maya Bosan Jadi Baik

Luna Maya Bosan Jadi Baik


Luna Maya bosan jadi baik dalam filem mahupun sinetron kerana acap kalinya Luna Maya hanya diberikan watak baik apabila berlakon.

Aktres cantik Indonesia, Luna Maya menyatakan dia sudah bosan membawa watak baik dalam filem dan sinetron. Menerusi filem terbaru lakonannya, 'Tembus', Luna membawakan watak antagonis bernama Merylia. Menerusi filem yang bakal ditayangkan pada 28 Julai ini, Luna bergandingan dengan Aaron Aziz dan Nur Fazura.

"Watak Merylia sangat menarik untuk saya. Sebelum ini, saya selalu diberikan peranan untuk menggalas watak-watak baik dalam filem dan juga sinetron. Saya bosan dengan watak yang sama. Kali ini, saya bawakan sesuatu yang berlainan dan berbeza berbanding watak-watak sebelum ini," ujar Luna ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem 'Tembus' di Cathay Cineleisure, Damansara pada Khamis.

Luna Maya Bosan Jadi Baik


"Saya menjadi orang ketiga yang wujud dalam hubungan suami isteri yang dilakonkan oleh Aaron dan Fazura. Saya jatuh cinta kepada Aaron dan saya juga tak tahu yang Aaron sebenarnya sudah berkahwin. Saya juga menyimpan dendam terhadap Aaron dan tidak mahu Aaron meninggalkan saya," cerita Luna lagi.

Luna Maya Bosan Jadi Baik


Mengakui sistem dan cara kerja produksi filem Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak perbezaan, Luna selesa bekerja di bawah arahan Ahmad Idham dan mendedahkan dia sangat seronok dapat berkolaborasi dengan tenaga produksi Malaysia.

Kolaborasi Dengan Datuk AC Mizal


Bercakap mengenai sambutan Ramadan, pelakon filem '30 Hari Mencari Cinta' ini menjelaskan yang dia banyak berehat sepanjang bulan puasa ini. Kerjaya seninya akan diteruskan semula selepas sambutan Syawal kelak.

"Sempena kedatangan bulan Ramadan, saya banyak berlibur di rumah sahaja. Rencana seni saya akan diteruskan selepas sambutan Aidilfitri nanti. Pada Ogos akan datang, saya akan melancarkan single kolaborasi saya bersama Datuk AC Mizal dan insya-Allah pada tahun hadapan, saya akan mengarahkan sebuah filem baru selepas filem 'Pintu Harmonika' yang diterbitkan tahun lalu," kata Luna mengakhiri perbualan. 


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers