Nina Iskandar Enggan Jual Pakaian Lama
Nina Iskandar enggan jual pakaian lama beliau sebab pakaian tersebut ada yang ketat dan ada yang seksi gitu so tak sesuai untuk di jual.
Menyingkap perjalanan seni pemilik nama Nur Akmalina Iskandar, 23, gadis ini boleh dikatakan sebagai nama yang kini sedang dalam perjalanan meraih tempias populariti dunia hiburan. Artis kelahiran negara Brunei ini diikat oleh payung pengurusan artis MIG dan bakatnya mula menjadi perhatian di Malaysia.
Satu demi satu filemnya ditayangkan di pawagam, bermula dengan 'Muka Surat Cinta', 'Lu, Gua, Bro!', 'Sniper' dan 'Pengantin Malam', kini wajah manis Nina Iskandar boleh disaksikan setiap Sabtu dan Ahad menerusi drama bersiri 'Raya Ni Mesti Kahwin' gandingannya bersama Kamal Adli, Amar Asyraf, Azlee Khairi dan Shah Iskandar di TV3.
Baru-baru ini, Nina membuat keputusan untuk merubah penampilan. Tampil manis mengenakan hijab dan menutup aurat, Nina menyatakan perasaan tenangnya selepas muncul dengan imej baru. Sempena dengan kedatangan Ramadan dan kemeriahan Syawal yang menjelang tiba, GUA mengatur sesi fotografi bersama Nina untuk menyelami isi hati wanita ini.
"Ini adalah sambutan Ramadan dan Syawal pertama saya dengan imej baru. Pastinya sambutan Aidilfitri ini begitu menyeronokkan dan penuh warna. Saya rasa teruja. Sejujurnya, saya rasa selesa, tenang dan suka dengan imej baru ini," ujar Nina memula bicara.
Menyorot saat dirinya mengambil keputusan untuk mengenakan hijab, gadis ini berkongsi pengalaman transisi hidupnya kepada GUA.
"Saya rasa perubahan itu tidak susah. Ianya datang secara sangat 'random' sekali. Pada suatu hari, saya ingin keluar rumah dan rasa mahu menyarungkan jubah bersama tudung. Terus saya pakai jubah dan tudung. Selepas itu, saya mula rasa selesa dengan penampilan seperti itu. Alhamdulillah, saya kini tampil dengan imej baru dan semakin serasi dengan imej ini. Saya berharap agar saya istiqamah dan Allah sentiasa tetapkan hati saya dalam menghadapi perubahan ini," ceritanya.
"Niat untuk menutup aurat memang sudah lama ada. Saya percaya, semua wanita Muslim pasti menyimpan niat tersebut. Tapi saya tidak tahu di mana mahu bermula. Satu hari saya terfikir, negara saya mahu melaksanakan undang-undang Syariah dan sebagai seorang rakyat Brunei, takkanlah saya mahu berpenampilan seksi dan membawa imej negara saya dengan cara sebegitu.
Perubahan itu datang sendiri. Dari gerak hati dan perkara itu datang berterusan. Tak semestinya perubahan itu harus datang daripada mimpi atau sebagainya. Pelaksanaan undang-undang Syariah Brunei menjadi salah satu faktor perubahan, tetapi saya bertudung bukanlah semata-mata kerana perkara tersebut. Saya sendiri mahu berubah dan syukur, rasa ikhlas itu datang dari hati sendiri," tambah Nina.
Ada di antara artis-artis wanita yang berubah penampilan menjual baju-baju lama yang tidak sesuai dengan penampilan muslimah, jadi adakah Nina akan mengambil langkah yang sama?
"Secara peribadinya, saya tak mahu menjual atau memberikan baju-baju lama saya kepada orang lain. Baju-baju lama saya ada yang ketat dan juga agak seksi. Kalau saya jual, seolah-olah saya menggalakkan orang-orang lain berpenampilan sebegitu pula.
"Kalau boleh saya mahu menjadi contoh yang baik kepada orang lain. Saya rasa tak elok pula jika saya berikan baju-baju lama saya kepada saudara-mara dan kawan-kawan. Walaupun kini fesyen ada banyak kepelbagaian dan kita sendiri boleh menggunakan konsep 'mix and match', saya tetap kena berhati-hati kerana kontroversi boleh terjadi dalam pelbagai cara," luah Nina yang tampil anggun mengenakan busana rekaan Kashfi Zulkafli.
Bercerita mengenai respon orang yang rapat dengannya apabila dia tampil dengan imej baru, ujar Nina, semuanya memberikan respon yang baik dan menyokong hasrat murni Nina.
"Keluarga saya beri sokongan. Apabila mereka dapat tahu, tiada halangan, malah mereka beri sokongan kepada saya. Ibu saya juga menghadiahkan saya tudung. Teman lelaki saya pula, Ahmad Heiqal, dia memberikan respon yang sangat tidak dijangka.
Pada suatu hari, kami ingin keluar makan dan pada masa itu, saya sudah mula berhijab. Apabila saya masuk ke dalam kereta, dia sedang menjawab panggilan telefon. Selepas selesai panggilan, dia memandang saya dan tersenyum sahaja. Dia memberikan respon positif dan gembira dengan perubahan saya," kongsi Nina lagi.
Tahun ini merupakan tahun kedua Nina menyambut Ramadan di Malaysia, Nina berkongsi pengalamannya berpuasa jauh daripada keluarga.
"Banyak bezanya sambut puasa di Malaysia dan Brunei. Pertama, saya jauh daripada keluarga. Rasa keseorangan dan keluarga tidak menemani saya untuk berbuka bersama-sama. Jika di Brunei, suasana berbuka sangat meriah kerana keluarga saya akan berkumpul beramai-ramai di rumah nenek untuk berbuka. Bercakap perihal Pasar Ramadan pula, saya akui di sini suasanya cukup meriah. Banyak pilihan yang boleh saya buat. Jika saya ke Pasar Ramadan, saya gemar membeli Putu Bambu untuk dijadikan juadah berbuka," ujar Nina yang bakal meraikan sambutan Syawal di Brunei.
iskandarX: Bagus Nina, makin suka is kat Nina....
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.