Pengarah Mat Tudung Tidak Anggap Filem Berunsur Lucah

Pengarah Mat Tudung Tidak Anggap Filem Berunsur Lucah


Pengarah Mat Tudung tidak anggap filem berunsur lucah, kerana grene asal filem ini adalah komedi bersahaja yang mengandungi lawak double meaning.

Selepas tampil dengan filem 'Hantu Kapcai', 'Kahwin 5', 'Chikaro', 'Hantu Tok Mudim' dan juga 'Ular', Showbiz Production tampil dengan filem 'Mat Tudung'. Bakal ditayangkan pada 28 Julai ini bersempena dengan sambutan Aidilfitri, filem arahan Waan Hafiz ini menampilkan Fizz Fairuz, Nelydia Senrose dan Izzue Islam selaku teraju utama.

GUA sempat menghadiri tayangan filem 'Mat Tudung' di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju pada Rabu. Melihat kepada filem tersebut, ada beberapa babak yang mengandungi adegan-adegan lawak yang mempunyai 'double meaning' yang kedengaran sedikit lucah. Mengapa agaknya penerbit dan pengarah mengambil pendekatan sebegini? Adakah mereka tidak bimbang jika filem ini dilabel sebagai filem berunsur lucah oleh sesetengah pihak apabila ditayangkan kelak?

Pengarah Mat Tudung Tidak Anggap Filem Berunsur Lucah


"Selepas filem ini siap, kami hantar ke pihak berwajib untuk menjalani proses penapisan. Filem ini mendapat klasifikasi P13. Jika betul filem ini tidak sesuai untuk tontonan umum, pastinya filem ini akan mendapat klasifikasi 18. Kami anggap filem ini sebagai sebuah filem komedi bersahaja. Macam mana penonton mahu menilai, terpulang kepada individu," jelas Zarina Abd Rahman selaku penerbit filem ini.

Pengarah Mat Tudung Tidak Anggap Filem Berunsur Lucah


Pengarah

"Jika ada yang katakan filem ini ada lawak yang sedikit lucah, ia bergantung kepada individu yang menonton untuk menilai bagaimana. Apa yang saya reka dalam filem ini lebih kepada keadaan yang terjadi ketika itu yang ada kena mengena dengan setiap babak filem tersebut.

Sama ada lucah atau tidak, pihak berwajib sendiri mengklasifikasikan filem ini dengan P13. Mungkin mereka menilai yang filem ini tidak lucah, tetapi lebih kepada lawak-lawak orang dewasa. Akhirnya terpulang kepada setiap individu untuk menilai," ujar Waan Hafiz selaku pengarah filem ini.

Filem ini juga menampilkan watak utama, Fizz yang memegang watak Johari telah menyamar sebagai seorang perempuan bernama Johana. Ada adegan dalam filem ini memaparkan Fizz memakai pakaian perempuan dan sebagainya. Adakah pihak penerbit tidak takut sekiranya perkara tersebut dijadikan bahan kritikan kelak?

"Sebelum menilai, haruslah melihat keseluruhan isi jalan cerita, ada sebabnya kenapa Fizz menyamar sebagai wanita. Sudah namanya pun penyamaran sebagai perempuan dan bukannya perkara itu datang sendiri. Filem ini merupakan filem komedi. Kami berani buat jalan cerita sebegini kerana perkara ini adalah subjektif dan filem ini juga adalah merupakan cerita rekaan semata-mata," ujar Zarina mengakhiri perbualan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers