Pa Pa Chicken Royale Nandos Versi Muslim?

Pa Pa Chicken Royale Nandos Versi Muslim? Ya rival untuk Nandos agaknya dengan focus menu Ayam Peri peri, peri peri tu apa? Fery is tau la berlambak kat Penang nie. Ohhhww sos peri peri tu ker? Kuah masak lemak pekat pedas versi luar negara?



Is tengok sos tu mcm kuah masak lemak terlebih santan jerrr hahahahahaaaa masak lemak pakai santan ker? sat nak gelak sekali lagi sambil taip artikel nie .. hahahahahaaa.

Ikuti sebuah cerita perjalanan perniagaan Muslim kita iaitu Pa Pa Chicken Royale ini.



Assalamualaikum.... Tumpang SHARING kisah kami di Chicken Royale..... Kisahnya bermula sebelum tahun 2016 lagi , Kerap sangat Papa dan keluarga makan Nandos... Dan Papa mula kira kira kos ayam Nandos ni.... Ishh... Fikir balik kenapa takder orang Islam , Orang Melayu dan Orang Malaysia yang buat Ayam Peri Peri ni.... Dari situ timbul idea untuk cuba dan kaji resipi.... Ketika dan saat itu Papa adalah CEO sebuah syarikat milik kerajaan....



Apabila Papa jumpa resipi dan formula rahsia Ayam Peri Peri ni, Papa cuba hantar pada keluarga dan kawan kawan untuk rasa... Positif ..ramai suka…, sampai Papa tekad untuk buat sendiri...Papa resign dan tinggal jawatan kukuh untuk kejar impian tak pasti....



Perancangan Papa untuk mencabar NanD*S… paling tidak berdiri sama tinggi… Segala ilmu dan pengalaman Papa gunakan untuk bina Chicken Royale, Segala harta yang Papa ada Papa korbankan…



Walau bermula dengan baik, tapi rupanya hujan di tengah hari… Papa jatuh, sampai tahap hilang segala galanya… Kereta pun kena tarik, rumah tak terbayar… Business ni kurang menjadi…Papa dah tahap negative beratus ribu….Sampai nak makan apa esok pun belum pasti… Tapi janji Allah tu pasti…Selagi bernyawa rezeki tu pasti ada…



Papa tak mudah give up, dan ya ini bukan bisnes Papa yang pertama… Papa kuat kan tekad…Papa fikir ini perjuangan bukan untuk diri Papa sendiri… Papa satu satunya Usahawan Ayam Peri Peri Muslim… Kalau Papa give u up, sapa nak teruskan….Papa teruskan perjuangan sikit demi sedikit… Alhamdulillah, tiga tahun kemudian hutang piutang dan semakin susut… Alhamdulillah keluarga kini hidup selesa dan kini mampu mengajikan lebih ramai pekerja (dulu sorang) Alhamdulillah jika dulu kami terpaksa menjaja nama kini pihak media pula datang mencari kami…. Syukur aturan Allah itu lebih hebat….



Tumpuan Papa buat Chicken Royale kini bukan semata mata untuk keuntungan peribadi, tapi lebih kepada memastikan Pekerja Papa yang semuanya Muslim Melayu Malaysia ada ruang mencari rezeki Halal, Papa nak sediakan tempat di mana Chef tak perlu uruskan benda benda haram dalam kitchen mereka (kesian chef muslim yang terpaksa kerja hotel yang ada minuman keras), Papa nak sediakan tempat anak muda bekerja dan belajar niaga (Papa risau anak melayu yang kena susun minuman keras di 99 Speedmart) dan Papa nak tunjuk usahawan picisan jalanan macam Papa, Muslim , Melayu , Malaysia mampu berdiri setanding Nand*S …..



Selama Papa jatuh susah, ramai datang suggest kau jual la benda lain…nasi kukus ke, burger ke…confirm laku… Papa tak nafikan …ye betul…. Tapi Chicken Royale adalah berkenaan Ayam Peri Peri …Satu ideologi…satu konsep…. Kalau Papa kejar untung Papa dah lama Papa tukar…. Tapi yang Papa kejar adalah membangunkan satu jenama utuh milik kita… Muslim, Melayu, Malaysia……



Itu kisah Papa….

Mohon semua untuk sokong Papa, tak perlu boikot Nandos… mereka juga sangat sedap…. Tapi

1) Kalau ada rezeki dan kelapangan at least cuba la sekali rasa Ayam Peri Peri dan Cheese Berapi tempatan ini.. Waze je Chicken Royale pasi jumpa…Kalau tak sedap abaikan Papa lepas tu, kalau sedap meh datang lagi ajak kawan kawan pula.



2) Kalau tiada kesempatan atau kurang kemampuan, mohon LIKE page Papa beramai ramai… Bantu Papa kukuhkan jenama ni

www.facebook.com/CRchickenroyale



3) Dan kalau ada kesudian, mohon bersama sama SHARE setiap posting Papa buat… Bantu Papa buat pemasaran berskala besar bagaikan Nand*S dan Mekdi…Papa akan cuba buat content terbaik untuk korang minat nak share… tapi bantu la kami , sekumpulan anak muda bercita cita tinggi… Insyaallah.



Pa Pa Chicken Royale

Chicken Royale Food Truck

Bandar Tun Hussein Onn (Ada Waza dan Google Map)

0182526802



Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers