Kerja-kerja berkenaan menambah baik itu akan dilakukan selama tiga hari bermula hari ini sehingga 17 November |
Beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami pengurangan bekalan air sebanyak lima peratus berikutan kerja-kerja menambah baik kecekapan sistem rawatan air di kawasan itu.
Syarikat Air Selangor (SAS) dalam kenyataan pada Ahad memberitahu, perkara lain yang turut dilakukan adalah kerja-kerja penggantian dan pembaikan pam di Loji Pembersihan Air Hulu Langat.
Kata kenyataan itu, kerja-kerja berkenaan akan dilakukan selama tiga hari bermula Ahad (hari ini) sehingga 17 November bermula 10 pagi hingga 10 malam.
Antara kawasan-kawasan di Wilayah Hulu Langat yang akan mengalami gangguan bekalan air ialah Taman Kota Cheras; Taman Orkid; Taman Rasa Sayang; Taman Sri Aman; Taman Cheras Mas; Taman Lagenda Mas 1 dan 2; Taman Tun Perak; Taman Tanming Jaya; Taman Putra Budiman; Taman Balakong Jaya; Taman Puncak Utama; Jade Hill; Taman Sri Timah; Taman Sungai Besi Indah 1 dan 2; Taman Harmoni Indah; Taman Bukit Belimbing dan Taman Juara Jaya.
“Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian pam dengan secepat mungkin untuk pemulihan bekalan air lebih awal di kawasan yang terlibat,” kata SAS.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.