PDRM optimumkan pertahanan semasa Sidang Kemuncak ASEAN – Ahmad Zahid

PDRM optimumkan pertahanan semasa Sidang Kemuncak ASEAN – Ahmad Zahid
Polis melipat gandakan pertahanan bagi memastikan pemimpin ASEAN yang datang selamat.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melipatgandakan pertahanan sebagai usaha untuk memastikan Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung minggu depan berjalan lancar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penempatan anggota pasukan keselamatan telah dibuat dan mereka akan memastikan pemimpin ASEAN yang akan datang selamat sehingga sidang itu selesai.

“Polis telah melipat gandakan pertahanan kerana minggu depan Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN ini.

“Kita telah kerahkan semua anggota untuk memastikan keselamatan pemimpin ASEAN itu,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada Ahad.

Zahid berkata, persiapan itu dibuat ekoran serangan pengganas yang berlaku di Paris pada Jumaat hingga mengorbankan beratus-ratus nyawa orang awam.

“Daripada apa yang saya lihat, apa yang berlaku di Paris boleh berlaku kepada negara-negara lain dan disebabkan itu persiapan perlu dioptimumkan.” Katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden yang berlaku di Paris itu.

Ketika ditanya mengenai rancangan untuk membawa balik rakyat Malaysia yang berada di Paris, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau melihat memang ada keperluan untuk melakukan perkara itu pada masa ini.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers