DAP mahu halang Pas bermaharajalela di Selangor

DAP mahu halang Pas bermaharajalela di Selangor
DAP masih kekal di Selangor dengan tujuan untuk memastikan Pas tidak membuat perkara-perkara jahat seperti dilakukan parti itu Kelantan.

DAP menegaskan parti itu kekal dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk menghalang Pas daripada terus bermaharajalela.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, kebersamaan parti lain untuk kekal di negeri itu juga adalah mahu memastikan Pas tidak membuat perkara-perkara jahat seperti yang dilakukan di Kelantan.

“Kita kena halang Pas laksanakan undang-undang yang tak baik untuk rakyat. Lihat macam di Kelantan, hutan simpan kekal untuk buat pembalakan. Bukan saya cakap, itu (Datuk Husam Musa), ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Pas Kelantan yang bongkarkan perkara ini.

“Kalau dia boleh buat dekat Kelantan, mana tahu mungkin dia boleh buat dekat Selangor. Itu sebab DAP perlu di Selangor untuk pastikan Pas tak buat jahat terhadap rakyat macam dia buat dekat Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Kongres Kebangsaan Wanita DAP tahun 2015 di Ibu Pejabat DAP pada Ahad.

Dalam ucapannya juga, Guan Eng turut menggesa supaya Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menjelaskan kepada orang ramai mengapa Pakatan Rakyat masih wujud di Selangor.

“Di Pulau Pinang kita ada kerajaan negeri Pakatan Harapan. Di Selangor mengapa terus ada kerajaan negeri Pakatan Rakyat sungguhpun kita tahu Pakatan Rakyat sudah mati apabila Pas putuskan hubungan dengan parti DAP.

“Pakatan Rakyat tak wujud lagi. Di Selangor sahaja, macam mana ini boleh berlaku? Ini saya rasa Menteri Besar Selangor kena jelaskan kepada rakyat,” katanya.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers