Pas panggil Husam kemuka bukti

Pas panggil Husam kemuka bukti
Beliau diminta mengemukakan bukti tuduhan terhadap kerajaan Kelantan dan Presiden parti.

Pas akan memanggil Datuk Husam Musa untuk memberikan bukti tuduhan terhadap kerajaan Kelantan terbabit dalam aktiviti pembalakan haram.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bekas Naib Presiden itu perlu berhadapan dengan Jawatankuasa Pas Pusat bagi membuktikan dakwaan itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila Husam akan dipanggil tetapi secepat mungkin.

Tuan Ibrahim berkata, Husam juga diminta untuk memberikan bukti tuduhan ke atas pimpinan Pas termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Husam sebelum ini mendakwa Hadi cuba berunding dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor,

“Sebagai ahli parti, Husam sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan segala masalah melibatkan parti.

“Atas dasar itu, Jawatankuasa Pas Pusat memutuskan untuk memanggil beliau secepat mungkin untuk memberi penerangan.

“Parti berpendapat segala tuduhan perlu disertakan bukti yang mencukupi melibatkan tuduhan terhadap kerajaan Kelantan dan Presiden parti,: katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas pada Sabtu,

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata, cadangan dan kritikan parti itu terhadap Bajet 2016 akan diserahkan terus kepada Kementerian Kewangan pada minggu depan.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers