Lagi kemalangan di LPT2

Lagi kemalangan di LPT2
Bas berkenaan telah melanggar belakang sebuah treler yang membawa muatan kayu dan papan

Tiga pelajar dan seorang pemandu bas parah selepas bas yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler dalam kemalangan di kilometer 292.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini awal pagi Ahad.

Dalam insiden kira-kira jam 2.15 pagi itu, bas persiaran dua tingkat yang membawa 54 pelajar dan tujuh guru pengiring dari Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram, Kuala Selangor dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Mohd Said Ibrahim berkata, bas berkenaan telah melanggar belakang sebuah treler yang membawa muatan kayu dan papan.

“Siasatan awal mendapati rombongan bas sekolah berkenaan ingin berkunjung ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Kuala Terengganu untuk mengadakan lawatan sambil belajar,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut manakala penumpang lain hanya cedera ringan termasuk pemandu lori dan mendapat rawatan pesakit luar.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers