Ahli Parlimen Kota Raja dimalukan pengundi di kawasannya

Ahli Parlimen Kota Raja dimalukan pengundi di kawasannya
Beberapa kain rentang dan juga poster yang dipasang ditulis dengan perkataan menyindir seperti `Undilah Pengkhianat’ dan gesaan supaya meletak jawatan

Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud telah dimalukan oleh penduduk di kawasannya sendiri.

Sebuah laman portal melaporkan, Siti Mariah yang sebelum ini memenangi kerusi Parlimen atas tiket Pas telah dianggap sebagai pengkhianat oleh penduduk dikawasannya ekoran tindakannya yang kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Beberapa kain rentang dan juga poster telah dipasang di lokasi tertentu di kawasannya dengan antara lain tertera tulisan mendesak agar dia meletak jawatan.

Selain itu, terdapat juga kain rentang yang ditulis dengan perkataan menyindir iaitu `Undilah Pengkhianat’ yang turut diletakkan gambar Siti Mariah bersama lambang parti DAP.

Berdasarkan keterangan pengirim gambar yang merupakan kenalan kepada Siti Mariah, dia tidak kisah sekiranya Ahli Parlimen itu hendak melompat parti tetapi harus diingat bahawa kemenangannya itu adalah melalui undi daripada pengundi yang menyokong Pas.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers