100 hari Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri

100 hari Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri
Ahmad Zahid tidak perlu membuktikan apa-apa lagi kerana beliau telah dikenali dan bukannya seorang yang asing dalam kancah politik

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memilih individu yang tepat apabila melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalannya.

Pandangan itu dilontarkan oleh penulis blog Zabidi Saidi apabila menganggap Ahmad Zahid sebagai pilihan yang amat serasi dengan Najib untuk menjadi orang nombor dua dalam menerajui negara.

“Kira-kira lebih dari 100 hari yang lalu, iaitu ketika beliau mula memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Zahid berjanji akan membantu Perdana Menteri memberikan perkhidmatan terbaik dengan segala keupayaan dan pengalaman yang beliau miliki.

“Beliau telah menepati janjinya itu dan terus memegang amanah tersebut dengan melaksanakan tanggungjawab dengan begitu berkesan sekali,” kata Zabidi menerusi blog catatanzabidi.blogspot.my pada Ahad.

Zabidi menulis demikian pada blog itu sebagai mengulas pelantikan 100 hari Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Zabidi, rakyat di negara ini sememangnya memerlukan kepimpinan daripada seorang yang tegas seperti ditunjukan oleh Ahmad Zahid.

Katanya, Ahli Parlimen Bagan Datoh itu tidak perlu membuktikan apa-apa lagi kerana beliau telah dikenali dan bukannya seorang yang asing dalam kancah politik.

Tulisnya lagi, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri itu juga mempunyai pengalaman yang amat berharga serta telah matang dengan selok- belok politik di negara ini.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers