Walaupun Abdul Hadi menafikan tuduhan yang dilemparkan namun, Husam tetap membangkitkan perkara sama |
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa perlu memberikan penjelasan berhubung beberapa dakwaan yang dibuat dalam usaha menjernihkan suasana di dalam parti itu.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, sebarang penafian daripada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ketika ini tidak mampu memulihkan keadaan.
Ini kerana katanya, meskipun acapkali presiden telah menafikan perkara itu namun, Husam masih lagi membangkitkan perkara sama.
“Isunya sekarang begini. Dalam keadaan gelombang ini, sebarang penafian pun mungkin (tidak selesai masalah)… jadi yang pentingnya kita tengok apa tuduhannya.
“Jika Presiden nafi pun… contohnya tentang tuduhan kerjasama dengan UMNO, sudah berpuluh kali dah beliau buat penafian tapi benda itu masih diulang dan diulang lagi.
“Jadi, saya fikir kita dengar daripada dia (Husam) dulu,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian Online.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, Husam sepatutnya tidak menimbulkan polemik secara terbuka seperti ini kerana ia tidak menguntungkan Kelantan.
“Kita tidak mahu (terburu-buru). Apa bukti dia membuat tuduhan tersebut? Sebab Presiden tidak pernah membuat kenyataan untuk bersama UMNO seperti yang dituduh.
Semalam, Pas memutuskan untuk memanggil Husam bagi memberikan penjelasan berhubung dakwaan mengenai Kerajaan Negeri Kelantan selepas menerima laporan dari Pas Kelantan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.