Wang itu disumbangkan untuk menganjurkan program pada tahun lalu yang diberikan melalui sebuah yayasan tetapi tidak diterima oleh veteran UMNO sehingga hari ini. |
Veteran UMNO membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kehilangan wang RM300,000 hasil sumbangan penaja untuk menganjurkan program tahun lalu.
Pegawai Publisiti Veteran UMNO Wilayah Persekutuan, Abdul Rahim Haroon berkata, penaja telah menyumbang wang itu kepada UMNO bahagian menerusi sebuah yayasan.
“Dana itu sepatutnya diberikan kepada Veteran UMNO Wilayah Persekutuan untuk kita menganjurkan program pada 10 Mei tahun lalu.
“Bagaimanapun, yayasan berkenaan tidak pernah memberikan kami dana itu sehingga sekarang.
“Kami terpaksa menggunakan wang sendiri untuk menanggung kos penganjuran program termasuk kos penginapan, makanan dan pengangkutan,” katanya di luar Ibu Pejabat SPRM di sini, pada Sabtu, lapor The Star Online.
“Jika siasatan mendapati ada salah guna kuasa atau pecah amanah, kami berharap mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
Abdul Rahim berkata, laporan polis mengenai kehilangan wang itu telah dibuat pada 9 September lalu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.