TERBARU!!! MNS puji komitmen Sabah ke arah capai 30 peratus TPA hutan negeri menjelang 2025. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! MNS puji komitmen Sabah ke arah capai 30 peratus TPA hutan negeri menjelang 2025. Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Cawangan Sabah memuji komitmen kerajaan negeri itu dalam mewartakan hutan biodiversiti tinggi sebagai Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA), yang bertujuan melindungi sekurang-kurangnya 30 peratus hutan di negeri itu menjelang 2025.

TERBARU!!! MNS puji komitmen Sabah ke arah capai 30 peratus TPA hutan negeri menjelang 2025. Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Cawangan Sabah memuji komitmen kerajaan negeri itu dalam mewartakan hutan biodiversiti tinggi sebagai Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA), yang bertujuan melindungi sekurang-kurangnya 30 peratus hutan di negeri itu menjelang 2025.


Menurut pengerusinya, Anna Wong, kenyataan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin semasa ucapan dasar kerajaan negeri semasa mesyuarat pertama penggal ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 16 April, memanfaatkan hutan dan biodiversiti di Sabah.

“Pewartaan sejumlah 1.9 juta hektar atau 25 peratus hutan telah menjadikan Sabah sebagai peneraju di negara ini dalam usaha melindungi khazanah aslinya yang membabitkan gajah pigmi, orang utan dan endemik lain flora serta fauna.

“MNS Sabah menyokong sepenuhnya ikrar hijau negeri dan amat gembira menghulurkan sebarang bantuan bagi merealisasikan wawasan ini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Wong berkata MNS menawarkan untuk berkongsi ilmu dan data mengenai Kawasan Penting Burung dan Kawasan Penting Biodiversiti (IBA) yang boleh membantu mengenal pasti hutan yang perlu diwartakan sebagai TPA, atau TPA semasa yang mungkin sedang terancam.

IBA di Sabah termasuk kawasan yang dilindungi seperti Gunung Kinabalu, Kawasan Konservasi Lembah Danum dan Kawasan Konservasi Lembangan Maliau manakala lokasi panas yang sedang diselidiki termasuk Hutan Simpan Deramakot, Kawasan Konservasi Ngarai Imbak, Hutan Simpan Lipaso, Kawasan Konservasi Sungai Rawog dan Ulu Padas Highlands.

Wong berkata kerja-kerja IBA di MNS telah berlangsung menerusi kerjasamanya dengan BirdLife International, yang menyaksikan organisasi global itu menghabiskan lebih 30 tahun secara kolektif dalam mengenal pasti dan mendokumentasi sejumlah 13,000 tapak IBA di seluruh dunia bagi pelindungan serta konservasi.

Daripada 55 tapak IBA di Malaysia, 15 terletak di Sabah, 18 di Semenanjung Malaysia dan 22 di Sarawak seperti yang diperincikan dalam Direktori Kawasan Penting Burung di Malaysia: tapak penting bagi konservasi (2007) yang dikeluarkan MNS.

Wong berkata senarai IBA yang diiktiraf secara antarabangsa telah memainkan peranan penting dalam konservasi burung serta biodiversiti lain dan diperakui secara meluas sebagai satu alat yang praktikal bagi konservasi.

Pengiktirafan IBA turut menyediakan manfaat penting kepada rakyat termasuk dari segi perkhidmatan ekosistem serta keperluan rekreasi, dan Wong mengesyorkan agar maklumat IBA dimasukkan sebagai rujukan atau sumber dalam pertimbangan IBA negara, katanya.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers