TERBARU!!! Inisiatif #KisahSiswa sebagai langkah intervensi proaktif tangani kesan pandemik COVID-19. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! Inisiatif #KisahSiswa sebagai langkah intervensi proaktif tangani kesan pandemik COVID-19. Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) hari ini mengumumkan pelancaran inisiatif #KisahSiswa sebagai satu langkah intervensi proaktif terhadap kesan pandemik COVID-19 pada ekonomi global dan pasaran buruh negara.
TalentCorp berkata #KisahSiswa ialah inisiatif kebolehpasaran graduan bagi membantu anak muda dan takungan bakat muda negara untuk merangka perancangan kerjaya strategik seterusnya bagi menghadapi cabaran perubahan landskap pasaran pekerjaan akibat pandemik itu.
"Ia satu inisiatif di bawah kerangka Young Employable Students (YES!) yang merupakan kerjasama antara TalentCorp, Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan rakan strategik industri dalam menyokong agenda Kebolehpasaran Graduan negara melalui program intervensi berfokus melengkapkan graduan dengan elemen kebolehpasaran dan kemahiran selaras dengan keperluan semasa industri dan sektor ekonomi utama negara," menurut TalentCorp dalam kenyataan, hari ini.
TalentCorp juga berkata kadar pengangguran dan guna tenaga di bawah kapasiti (guna tenaga tidak penuh) global dijangka menunjukkan peningkatan yang mendadak kesan daripada pandemik COVID-19, dan trend yang sama turut dijangkakan di peringkat nasional bagi tahun ini.
"Oleh itu, sebagai reaksi kepada perubahan drastik dan cabaran di dalam pasaran pekerjaan, adalah dijangkakan ekonomi gig dan aktiviti keusahawanan bakal berkembang pesat sebagai satu ‘kelaziman baharu’.
“Justeru, adalah amat penting bagi bakat muda negara untuk menyiapkan diri secara profesional dalam mendepani dunia pasca COVID-19," menurut kenyataan itu.
TalentCorp juga menjelaskan inisiatif ini dijangka berpotensi menjadi asas untuk menggubal strategi di peringkat kebangsaan dan memperkukuhkan ekosistem bakat secara keseluruhan bagi merapatkan jurang dan ketidaksepadanan bakat pasaran pekerjaan negara.
"Oleh itu, bakat muda digalakkan untuk mendaftarkan diri dalam talian bermula 28 April 2020 melalui pautan: www.surveymonkey.com/r/KisahSiswa ataupun boleh layari www.talentcorp.com.my/ourwork/employer-partner.
"Pendaftaran akan dijalankan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) di seluruh negara dan sehingga 3 bulan selepas tamat perintah tersebut," kata TalentCorp.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.